HOT SITE CLICK HERE Islam For All: TOPIK-TOPIK AGAMA | A great information site about Islam and Muslims
Breaking News
Loading...

Miscellaneous





Recent Post

Showing posts with label TOPIK-TOPIK AGAMA. Show all posts
Showing posts with label TOPIK-TOPIK AGAMA. Show all posts
Tuesday, January 14, 2014
 ISLAM ANTARA MELAYU DAN CINA

ISLAM ANTARA MELAYU DAN CINA

Kadang kala penggunaan istilah yang salah boleh membawa kesan yang sangat buruk kepada kefahaman orang lain terhadap sesuatu perkara. Lebih malang lagi jika ianya membabitkan kefahaman orang terhadap agama. Dalam pemerhatian saya, antara fahaman yang buruk yang membabitkan agama ialah menjadikan melayu nama ganti kepada Islam, dan cina sebagai ganti kepada kafir. Maka ada orang melayu yang menyatakan kepada orang yang baru menganut Islam "masuk melayu", atau kadang kala mereka sebut "bukan Islam, cina!!". Seakan-akan bagi mereka cina mewakili kafir, melayu mewakili Islam.
 ADAKAH MALAYSIA MENUJU KE ARAH BALA YANG SERUPA?

ADAKAH MALAYSIA MENUJU KE ARAH BALA YANG SERUPA?




 
WAHAI SAUDARA SEAGAMAKU, BACALAH KISAH YANG TERKANDUNG DIDALAM UCAPAN YANG DITERJEMAHKAN KEDALAM BAHASA MELAYU DI BAWAH INI DAN FIKIRKAN...ADAKAH MALAYSIA MENUJU KE ARAH BALA YANG SAMA....????

Asslamualaikum,
Saudara-saudari Islam, berikut adalah ucapan saorang pelajar Islam, Najeeb Rahman dimajlis “Charity Lunch For Maluku” di University of Leeds. Majlis tersebut di anjurkan oleh Persatuan Pelajar Malaysia University of Leeds (Saudara Taufik dan beberapa mahasiswa perubatan) Bacalah. Agak sedikit panjang tapi sangat menyentuh hati.

Assalamua'laikum warahmatullah,
 ALLAH BERI GANJARAN BAGI SETIAP KEBAJIKAN

ALLAH BERI GANJARAN BAGI SETIAP KEBAJIKAN



 
Sheikh Sya'rawi berkata: Allah SWT telah menggariskan bagi kebenaran tanpa menyebut kesemuanya. Ada di kalangan mereka mempunyai fikrah iman dengan rasul, fikrah iman dengan al-Quran dan ada yang beriman dengan kesemuanya kerana itu daripada keadilan Allah, memisahkan antara mereka yang ada iman dan mereka yang kekal dengan kekufuran.

Ayat ke-113

Firman Allah SWT yang bermaksud:
 MASJID TEMPAT TURUNNYA RAHMAT ALLAH

MASJID TEMPAT TURUNNYA RAHMAT ALLAH





Umat Islam sentiasa mencari ketenangan, kasih sayang, kesucian jasmani dan rohani di rumah Allah SWT. Masjid menjadi pilihan mereka yang mendambakan kebahagiaan hidup setelah puas dilanyak kerasnya ujian duniawi. Dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram sehingga surut segala kesakitan yang diderita. Di masjid bermulanya tapak keimanan yang disemai tumbuh menjadi pohon-pohon berakar kuat, tidak mudah rebah dihempas badai kehidupan. Di masjid pula diharapkan tersedia khazanah ilmu yang boleh menjawab setiap persoalan hidup yang dihadapi setiap anak manusia.
 KEDATANGAN DAJJAL

KEDATANGAN DAJJAL



Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

 6 PERKARA ALLAH SWT SEMBUNYIKAN

6 PERKARA ALLAH SWT SEMBUNYIKAN






Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"
Monday, January 13, 2014
no image

TANDA-TANDA ORANG CELAKA DI DUNIA





Selalu berpesan pada diri sendiri dan kawan-kawan. Jangan jadi orang-orang yang celaka di dunia dan juga disisi Allah SWT. Jadilah diri kita seorang muslim yang baik di dunia dan di akhirat.


1.Lupakan dosa2 yang lepas dan tidak mahu bertaubat.

2.Ia mengingati amal ibadah yang dibuatnya, menghitung berapa banyak sedekah jariahnya, berapa banyak sembahyang yang dibuat.
 WANITA BERZINA MAHU PANDUAN TAUBAT NASUHA

WANITA BERZINA MAHU PANDUAN TAUBAT NASUHA


Persoalan Agama: Wanita berzina mahu panduan taubat nasuha bersama JAKIM 

SAYA gadis berusia 20-an yang pernah berzina dengan bekas teman lelaki. Kini saya menyesal dan malu kepada Allah SWT. Sesungguhnya Dia juga sudah memberi kesedaran dan saya ingin bertaubat. Saya hanya mengerjakan solat wajib tetapi saya sedar ia belum mencukupi. Saya ingin taubat nasuha tetapi tidak tahu cara mengerjakannya.

Aidah Johor
 SIFAT 20 ALLAH SWT

SIFAT 20 ALLAH SWT




SIFAT 20 ALLAH SWT ADALAH WAJIB BAGI ORANG-ORANG ISLAM MENGETAHUINYA DAN MENGHAFALNYA 

SIFAT WAJIB BAGI ALLAH SWT
1. Wujud : Artinya Ada
Yaitu tetap dan benar yang wajib bagi zat Allah Ta’ala yang tiada disebabkan dengan sesuatu sebab. Maka wujud ( Ada ) – disisi Imam Fakhru Razi dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi bukan ia a’in maujud dan bukan lain daripada a’in maujud , maka atas qaul ini adalah wujud itu Haliyyah ( yang menepati antara ada dengan tiada) . Tetapi pada pendapat Imam Abu Hassan Al-Ashaari wujud itu ‘ain Al-maujud , karena wujud itu zat maujud karena tidak disebutkan wujud melainkan kepada zat. Kepercayaan bahwa wujudnya Allah SWT. bukan saja di sisi agama Islam tetapi semua kepercayaan di dalam dunia ini mengaku menyatakan Tuhan itu ada. Firman Allah SWT. yang bermaksud :
 MENCINTAI NABI MUHAMMAD SAW

MENCINTAI NABI MUHAMMAD SAW





MencintaiMu adalah sebuah lagu kesukaan aku yang dinyanyikan oleh Krisdayanti. Kalau kita mengamati dan menghayati senikata lagu tersebut amatlah menguriskan hati dan terlalu indah bahasanya. Begitu juga jika kita mencintai seseorang itu dengan sepenuh hati kita dan seumur hidup untuk selamanya hendaknya. 

Post ini diambil dari Blog Satu Perenungan untuk disampaikan supaya kita hendaklah mencintai Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW lebih dari segalanya termasuk keluarga kita sendiri mahupun harta yang kita miliki.

Jika kita menyukai dan mencintai sesuatu, pasti kita akan sering menyebut sesuatu itu. Bahkan kita akan berusaha untuk menjaga keadaan dari sesuatu yang kita cintai itu dengan baik. 
 AGAR KERJA BERNILAI IBADAH

AGAR KERJA BERNILAI IBADAH





Tangan yang memberi adalah lebih dari tangan yang menerima. Begitu juga dalam senikata dalam sebuah lagu Herman Tino berbunyi begini....tangan kanan memberi sorokkan tangan kiri. Derma bukan tontonan, lakukan dalam sepi. 


Sematkan keiklasan... tapi kadang-kadang kita suka menunjuk dengan memanggil media dan memberi sekeping cek replika yang besar. Atau pun sudah menjadi satu tradisi apabila hendak memberi sumbangan mungkin agaknya. Tetapi ada juga yang ikhlas dan sanggup memberi berbilion dolar seperti Oprah Winfield dan lain-lain artis barat. Mereka ini patut kita contohi.

Selama di dunia, mau tak mau kita harus berusaha terlebih dahulu untuk memperolehi keperluan hidup. kita tidak boleh berpangku tangan saja sambil mengharap belas kasihan orang lain. Dalam islam, orang yang memberi lebih terhormat daripada orang yang menerima. Seorang mukmin yang tegar dan mampu berdikari lebih utama daripada seorang mukmin yang lemah dan selalu menggantungkan nasibnya kepada orang lain.
 AQIQAH

AQIQAH




Pengertian Aqiqah

Menyembelih binatang pada hari yang ketujuh selepas kelahiran seseorang bayi itu.

Sabda Rasulullah S.A.W.
"Setiap kanak-kanak yang baru lahir bergantung denga aqiqahnya sehingglah disembelihkan baginya aqiqah pada hari yang ketujuh selepas hari kelahirannya dan pada hari itu juga diberikan namanya dan dicukur rambutnya"
Hukum Aqiqah
 RAHSIA KEDUA SAYAP SEEKOR LALAT

RAHSIA KEDUA SAYAP SEEKOR LALAT




Sekiranya seekor lalat terjatuh ke dalam cawan minuman kita, kita pasti membuang minuman tersebut kerana kita telah diajar dari semenjak masa kecil lagi bahawa lalat itu pembawa kuman dan najis serta menjijikan. Tetapi ada rahsia disebalik makhluk ciptaan Allah SWT ini. Ini kali pertama saya terjumpa artikel ini dari Blog satu perenungan dan telah memohon izin dengan saudara Rozy dari Majlis Rasulullah dari seberang untuk dimasukkan ke dalam blog ini bagi pengetahuan pembaca. 

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالْأُخْرَى شِفَاءً
(صحيح البخاري)


Sabda Rasulullah saw :
 ADAB DAN HAK JIRAN TETANGGA

ADAB DAN HAK JIRAN TETANGGA





Di dalam masyarakat Malaysia terutama di bandar besar, kadang-kadang kita tidak kenal siapakah jiran disebelah kiri atau kanan rumah kita. Mungkin kerana masing-masing terlalu sibuk sehingga tidak ada masa berbual selepas balik dari waktu kerja. Kadang-kadang ada jiran sebelah mengadakan jamuan atau kenduri tetapi tidak menjemput kita. Kita mula merasakan keluarga kita terpinggir dan kita akan berasa berkecil hati.

Sekiranya berlaku sesuatu kes seperti kes pecah rumah kepada jiran kita, kita mungkin tidak akan ambil peduli lagi atau ingin menolong kerana ayatnya berbunyi begini “padan muka, sombong sangat, rasakan” sekiranya terjadi sikap demikian maka rosaklah seluruh masyarakat di kawasan tersebut.

 CARA MERAWAT SIHIR "CHRISTIAN HOLY WATER"

CARA MERAWAT SIHIR "CHRISTIAN HOLY WATER"



Pesan aruah bapaku dahulu, jangan masuk dalam gereja kristian takut diberi minum "Holy Water"oleh paderi. Benar ke atau tidak kononnya " Holy Water" dibuat dengan dicampurkan hati anjing yang berwarna hitam termasuk lidah berwarna hitam. 

Tapi apa-apa pun " Holy Water" tetap misteri kerana boleh membuat seorang muslim itu lupa pada agamanya dan sukar hendak menyebut kalimah Allah SWT. Semuga Allah SWT akan melindungi kita dari perbuatan dan niat jahat dari orang-orang bukan Islam. 

Cara penyebaran agama Kristian:
 HUTANG KEPADA ALLAH SWT LEBIH BERHAK UNTUK DITUNAIKAN

HUTANG KEPADA ALLAH SWT LEBIH BERHAK UNTUK DITUNAIKAN




Semua orang mempunyai hutang. Hutang kepada bank atau kepada kawan-kawan. Sekiranya kita tidak membayar hutang masa hidup di dunia, kita mungkin tak dapat masuk ke syurga Allah SWT. Walaupun amalannya sebanyak manapun dia terpaksa tungggu di luar pintu syurga. Itu yang aku dengar semasa tazkirah dari seorang Ustaz. Ini membuat aku sungguh takut dan risau sekiranya mati, meninggal hutang keliling pinggang.


Semuga Allah SWT memudahkan hidupku dan aku dapat membayar segala hutang kepada bank, kawan-kawan dan terutama kepada Allah SWT yang paling aku banyak berhutang selepas akil baligh iaitu tinggal sembahyang 5 waktu, puasa dan tak terkira banyaknya.
 Hukum bersalaman antara lelaki dan wanita

Hukum bersalaman antara lelaki dan wanita




Dari Ma’qil bin Yasar Radhiyallahu ‘anhu, dia menceritakan, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda: 
“Andaikan ditusukkan ke kepala salah seorang diantara kalian dengan jarum besi, yang demikian itu lebih baik daripada dia harus menyentuh wanita yang tidak dibolehkan baginya“.
[Diriwayatkan oleh Imam Thabrani dalam Al-Kabir XX/211 dengan isnad hasan. Hadith ini mempunyai jalan lain yang saya sebutkan dalam ta'liq (komentar) saya terhadap buku Al-Mushafahah wa Fadhluha, yang ditulis oleh Al-Hafidzh Dhiya'uddin Al-Maqdisi] 






Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved