Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Tidak ada yang bercakap dalam buaian kecuali tiga orang, iaitu Isa bin Maryam dan sahabat Juraij. Juraij adalah seorang yang rajin beribadat. Dia membuat surau sendiri untuk tempatnya beribadat. Pada suatu hari ibunya datang ke suraunya ketika dia sedang solat. Ibunya berkata (memanggil): “Juraij .... Juraij.....” Juraij yang sedang solat itu berkata dalam hatinya: “Ya Tuhanku, apakah aku penuhi panggilan ibuku atau kuteruskan solatku?” Akhirnya dia mengambil kesimpulan untuk meneruskan solatnya saja. Ibunya merasa kecewa dan pulang ke rumah. Esok harinya ibunya datang lagi dan Juraij pun sedang mengerjakan solat. Ibunya memanggil: “Juraij.....Juraij.”
Juraij berkata dalam hatinya: “Tuhanku, apakah kupenuhi panggilan ibuku atau kuteruskan solatku?” Dia memilih untuk meneruskan solatnya daripada memenuhi panggilan ibunya. Ibunya pun pulang lagi dalam keadaan kecewa.
Allah swt perintahkan kita supaya berzikir dengan suara yang tidak keras.
[Surah Al-A’raf:55 dan 205]
Nabi s.a.w melarang berzikir dengan suara keras.
[H.R. Al Bukhari ,Muslim,Abu Daud,At-Tirmidzi dan Ahmad]
Nabi melarang orang yang sedang solat mengeraskan bacaan masing-masing .
[H.R. Abu Daud dan Ahmad]
Dari Abdullah bin Amr, katanya: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. menghitung tasbih dengan tangan kanannya.”
[H.R. Abu Daud –sahih]
Dari Yasirah(seorang perempuan Muhajirin) berkata: “Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada kami:
“Hendaklah kalian selalu tetap bertasbih, nanti akibatnya kalian akan melupakan tauhid/rahmat. Dan hendaklah kalian hitung dengan jari-jari kerana sesungguhnya jari-jari itu nanti akan diminta untuk berbicara.”
[H.R. Abu Daud- hasan]
Hadis ini diperkuatkan lagi dengan ayat al-Quran surah Yasin ayat 65, Nur ayat 24, Fussilat ayat 20-22
Ibadat Qurban ialah menyembelih binatang ternakan berkaki empat (Al-An’am) pada hari Raya Aidil Adha atau hari-hari Tasyniq (11, 12, 13 Zulhijjah) dengan tujuan benbadat kepada Allah.
Hukum ibadah Qurban adalah sunat muakkad bagi yang mampu dan wajib bagi yang bernazar.
Ibadah Qurban bermula selepas naik matahari sekadar cukup untuk solat dua rakaat dan khutbah pada 10 Zulhijjah dan berakhir ketika terbenam matahari 13 Zulhijjah.
Ibadah Qurban dilaksanakan sempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim yang ingin menyembelih anaknya, nabi Ismail kerana melaksanakan perintah Allah SWT. Walau bagaimanapun, peristiwa tersebut sekadar ujian Allah SWT kepada kedua-dua beranak tersebut. Mereka telah berjaya dalam ujian tersebut di mana nabi Ibrahim sanggup menyembelihkan anak sendiri dan nabi Ismail pula patuh dengan perintah ayahnya untuk disembelih. Semua ini dilakukan menunjukkan bahawa betapa mereka amat patuh kepada perintah Allah lebih daripada yang lain walaupun ia melibatkan nyawa dan kasih sayang ayah dan anak. Lalu Allah telah mengantikan tempat nabi Ismail dengan kambing (Qibasy).
Berkhatan adalah pembedahan kecil yang dilakukan bagi membuang kulit hujung (muncung) zakar. Tujuan utamanya ialah untuk menjaga kebersihan. Sebagai satu tuntutan agama, berkhatan adalah satu kebiasaan dalam masyarakat Islam di Malaysia. Prosedur ini dilakukan ketika kanak-kanak berumur antara lima hingga 12 tahun dan amat digalakkan ketika mereka berumur 10 tahun ke bawah bagi menghindar sifat malu dan mereka perlu bersih dari najis dan kekotoran sebelum mengerjakan solat lima waktu.
Kelebihan khatan
Kulit yang berlebihan pada hujung zakar mempunyai iklim yang amat sesuai untuk pertumbuhan kuman kerana ia sering cedera, lembap dan bersifat menakung. Ia menakung kotoran saki baki air kencing dan menghasilkan longgokan putih dan berbau busuk yang dikenali sebagai 'smegma'. Smegma ialah najis yang membatalkan air wuduk dan sembahyang. Smegma juga menjadi faktor penyebab jangkitan kuman pada zakar seperti phimosis, paraphimosis atau balanitis. Dalam keadaan yang serius, ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan kesukaran membuang air kecil.
Pada awal perkembangan Islam Al-Hadis telah diriwayatkan secara lisan/ingatan, dan selepas kira-kira 100 tahun kemudian ianya dikumpulkan dan dibukukan oleh para penyelidik Hadis. Hasil daripada pengumpulan tersebut Hadis terbahagi pula beberapa bahagian mengikut riwayat/periwayatnya:
Masjid yang paling utama di dalam Islam ialah Masjidil Haram di Mekah Al-Mukarramah kemudian Masjid An-Nabawi, di Madinatul Munawwarah dan selepas itu Masjidil Aqsa di Palestin iaitu berdasarkan kepada sebuah hadis yang bererti,
Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam sabdanya:
"Tidak sepatutnya bersusah payah keluar belayar untuk menziarahi mana-mana masjid kecuali pergi ketiga-tiga buah masjid yang berikut : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin." Hadis Al-Bukhari
Dalam hadis-hadis yang lain ada menerangkan kelebihan ketiga-tiga masjid tersebut di antaranya yang bererti ,
Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر