HOT SITE CLICK HERE Ibadat qurban | Islam For All
Breaking News
Loading...
Monday, January 13, 2014

Ibadat qurban




Ibadat Qurban ialah menyembelih binatang ternakan berkaki empat (Al-An’am) pada hari Raya Aidil Adha atau hari-hari Tasyniq (11, 12, 13 Zulhijjah) dengan tujuan benbadat kepada Allah.


Hukum ibadah Qurban adalah sunat muakkad bagi yang mampu dan wajib bagi yang bernazar.

Ibadah Qurban bermula selepas naik matahari sekadar cukup untuk solat dua rakaat dan khutbah pada 10 Zulhijjah dan berakhir ketika terbenam matahari 13 Zulhijjah.

Ibadah Qurban dilaksanakan sempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim yang ingin menyembelih anaknya, nabi Ismail kerana melaksanakan perintah Allah SWT. Walau bagaimanapun, peristiwa tersebut sekadar ujian Allah SWT kepada kedua-dua beranak tersebut. Mereka telah berjaya dalam ujian tersebut di mana nabi Ibrahim sanggup menyembelihkan anak sendiri dan nabi Ismail pula patuh dengan perintah ayahnya untuk disembelih. Semua ini dilakukan menunjukkan bahawa betapa mereka amat patuh kepada perintah Allah lebih daripada yang lain walaupun ia melibatkan nyawa dan kasih sayang ayah dan anak. Lalu Allah telah mengantikan tempat nabi Ismail dengan kambing (Qibasy).

Ibadah qurban juga dilakukan sebagai cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Syarat-syarat sah ibadat Qurban ialah:

1.Berniat Qurban ketika menyembelih.
2.Sembelihan dilakukan dalam waktunya iaitu matahari naik kadar sepegalah pada 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 zulhijjah.
3. Penyembelih orang Islam.
4.Tidak terdapat kecacatan pada binatang qurban tersebut yang boleh mengurangkan dagingnya.
5.Binatang ternakan yang halal dimakan.
6.Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.

Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah seperti berikut:

Binatang Umur Biri-biri/ 1 tahun atau lebih Kambing 2 tahun atau lebih Lembu/kerbau 2 tahun atau lebih Unta 5 tahun atau lebih 




Binatang /Umur

1. Biri-biri 1 tahun atau lebih
2. Kambing 2 tahun atau lebih
3. Lembu/kerbau 2 tahun atau lebih
4. Unta 5 tahun atau lebih


Pembahagian daging Qurban

Pembahagian daging Qurban adalah seperti berikut:
1. 1/3 disedeqahkan kepada fakir miskin
2. 1/3 dimasak untuk jamuan ramai
3. 1/3 orang yang berQurban

Qurban Nazar haram dimakan oleh orang yang bernazar.

Lebih afdhal sekiranya orang yang berqurban itu memakan sedikit daripada daging qurbannya.

Haram diberikan daging qurban kepada orang kafir sama ada dalam keadaan mentah ataupun masak.


Harus disedekah kepada orang kaya.

Perkara Sunat Ketika Ibadah Qurban

1. Membaca Basmallah atau takbir.
2. Selawat kepada nabi.
3. Menyembelih pada waktu siang.
4. Memilih binatang yang gemuk dan sihat.

5. Disembelih oleh orang yang berqurban.
6. Binatang hendaklah dibaring di atas rusuk kiri dan mengadap kiblat.
7. Orang yang berqurban makan sebahagian daging qurban
8. Menggunakan alat sembelihan yang tajam

Hikmah-hikmah Qurban

1. Melatih diri sangup berkorban pada perkara kebaikan.
2. Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
3. Tanda kesyukuran di atas nikmat pem berian Allah.
4. Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah
5. Mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ia boleh memupuk semangat pengorbanan terhadap diri dan masyarakat.
6. Menggembirakan fakir miskin untuk menikmati juadah daging korban.
7. Merapatkan hubungan silaturrahim yang erat di kalangan umat Islam


Wasallam.

0 comments:

Post a Comment







Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved