HOT SITE CLICK HERE Islam For All | A great information site about Islam and Muslims
Breaking News
Loading...

Miscellaneous





Recent Post

Wednesday, May 29, 2013
 DOA PENGIKAT KASIH SAYANG

DOA PENGIKAT KASIH SAYANG




Amalkan ayat dari surah-surah ini, insyaAllah. Semuga Allah perkenankan doa hambaNya.

Banyak rumahtangga runtuh kerana hilang kasih sayang di tengah jalan walaupun pada awalnya dibina atas cinta yang suci. Pelik dan ajaib kerana setelah sekian lama berkasih sayang, tiba-tiba hilang perasaan kasih sayang terhadap pasangan masing-masing. Timbul rasa menyampah dan benci yang amat sangat. Jika terkena sihir berubatlah. Jika bukan disebabkan sihir mungkin faktor luaran. Berusahalah memperbaiki perhubungan itu serta berdoa dan bertawakal kepadaNya.

Mungkin kerana sebab-sebab tertentu yang mempengaruhi seperti ada pihak yang ketiga, cemburu buta, salah faham dan timbul tidak serasi dan bermacam alasan untuk berpisah.

Namun jika pasangan masing-masing kuat dan kental cintanya serta berserah kepada yang Maha Kuasa di atas segala ujian dan rintangan sebesar mana pun, ia mampu bertahan hingga ke akhir hayat.
DOA INI SEBAGAI PENAWAR SUPAYA MENJAUHI MAKSIAT

DOA INI SEBAGAI PENAWAR SUPAYA MENJAUHI MAKSIAT





Maksiat adalah melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT, tercela dalam syariat Islam, dan pelakunya akan mendapat dosa. Maksiat juga menghalang hidayah.

Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Namun, kemaksiatan dalam hati dapat menghalangi dan memadamkan cahaya tersebut. Ketika Imam Malik melihat kecerdasan dan daya hafal Imam Syafi'e yang luarbiasa, beliau (Imam Malik) berkata:
DOA DAN SURAH-SURAH DIBACA UNTUK WANITA YANG AKAN MELAHIRKAN ANAK.

DOA DAN SURAH-SURAH DIBACA UNTUK WANITA YANG AKAN MELAHIRKAN ANAK.







"Kami ambil daripada Kitab Ibn Sunny, daripada Fatimah R.A. Bahawasanya Rasulullah SAW pada waktu Fatimah hampir melahirkan anaknya, Rasulullah menyuruh Ummu Salamah dan Zainab bin Jahsy (kedua isteri nabi) untuk datang dan kedua-duanya membaca disisi Fatimah ayat kursi dan ayat "inna robba sampai akhir ayat (Surah Al-Araaf ayat 54) serta surah Al-Falaq dan Surah An-Naas"

DOA UNTUK PERBANYAKKAN SUSU IBU

DOA UNTUK PERBANYAKKAN SUSU IBU



Memberi susu ibu sendiri kepada anak adalah lebih baik daripada memberi susu tepung. Khasiat susu ibu jika berbanding susu tepung banyak kelebihannya. Ibu yang menyusukan bayinya dapat menghndarkan kanser payudara. Bagi menambahkan dan memperbanyakkan susu ibu marilah mengamalkan doa ini. Moga-moga diperbanyakkan.
DOA SEMUGA ADA JODOH KITA

DOA SEMUGA ADA JODOH KITA





Banyak perhubungan cinta putus ditengah jalan dan berakhir dengan kekecewaan walaupun nampak akan kekal sebagai pasangan hidup. Jangan biarkan ikatan perhubungan itu longgar. Ushalah dengan berdoa kepada Allah SWT supaya menjadi milik anda.  
Berikut adalah kompilasi beberapa amalan dan doa yang yang boleh anda amalkan bagi dipermudahkan untuk bertemu jodoh. Namun setiap ketentuan itu datangnya daripada Allah s.w.t., dan kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal kepada-Nya… Mudah-mudahan dengan setiap amalan dan doa yang dilakukan ini akan memudahkan anda untuk mendapat jodoh yang beriman dan terbaik untuk diri anda. Yang pentingnya, jangan sekali-kali putus asa untuk berdoa.
DOA DIJAUHKAN DARI MELAKUKAN DOSA-DOSA KECIL DAN BESAR UNTUK MOHON KEAMPUNANNYA

DOA DIJAUHKAN DARI MELAKUKAN DOSA-DOSA KECIL DAN BESAR UNTUK MOHON KEAMPUNANNYA





Setiap anak Adam tidak lari daripada membuat dosa-dosa kecil mahupun dosa-dosa besar yang disedari atau tidak disedarinya. Allah SWT itu Maha Pengampun dan Maha Pengaseh. Maka bertaubatlah setiap kali selepas solat supaya Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita. 






Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved