DOA SYUKUR NIKMAT
Sempena menyambut Aidil Adha 1432 pada hari esok. Marilah kita sama-sama perbanyakkan membaca doa ini. Kita bersyukur kepada Allah SWT kerana dipanjangkan usia dan moga-moga dipanjangkan usia seterusnya supaya dapat terus beribadat dan menikmati anugerahNya.
Jika direnungkan secara mendalam, ternyata memang banyak nikmat Allah SWT yang telah kita terima dan gunakan dalam hidup ini. Demikian banyaknya sehingga kita tidak mampu menghitungnya. Allah SWT berfirman,
''Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.'' (Surah An Nahl: Ayat 18).
Hakikat syukur adalah menampakkan nikmat dengan menggunakannya pada tempat dan sesuai dengan kehendak pemberinya. Sedangkan kufur adalah menyembunyikan dan melupakan nikmat. Allah SWT berfirman, ''Dan (ingatlah) tatkala Tuhanmu memaklumkan,
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), sesungguhnya azab-Ku sangat pedih'.'' (Surah Ibrahim: Ayat 7).
Maksudnya:
Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh."
Captain mengambil kesempatan ini mengucapkan kepada semua pembaca setia blog ini "Selamat Hari Raya Aidil Adha". Semuga dipanjangkan umur, dimurahkan rezki, dipeliharaNya,dan mendapat rahmatnya.
Sekian Wasallam.
Jazakallahu khairan.
0 comments:
Post a Comment