HOT SITE CLICK HERE Secebis Perhatian | Islam For All
Breaking News
Loading...
Wednesday, January 8, 2014

Secebis Perhatian



HATI Tumi remuk apabila anak tunggalnya enggan mengakuinya sebagai ibu

Di bulan ini juga banyak berita tentang anak-anak yang derhaka menganiaya ibu sendiri. Seorang lelaki berumur 22 tahun yang balik ke rumah dalam keadaan mabuk setelah ditegur oleh ibunya naik angin dan hampir menghumban ibunya ke bawah flat. Nasib baik ibunya dapat melepaskan diri tetapi tidak sampai hati nak melaporkan kes kepada polis. Wahai anak muda! kamu ni binatang atau syaitan? Sanggup kamu hendak bunuh ibu sendiri kerana menyuruh kamu bertaubat! Celakalah hidup kamu jika kamu menganiayai ibu kamu lagi. Bertaubatlah sebelum terlambat.

Yang seorang lagi naik angin hingga sanggup menumbuk muka ibu sendiri sampai koma kerana urusan perkahwinan.  Kamu ni memang teruk dari pariah-pariah yang bangsat tepi jalan. Apa punya manusia, ibu sendiri kamu sampai hati perlakukan macam binatang. Hanya Allah SWT sahaja dapat balas kamu balik. Memang perangai macam binatang walaupun pelajaran tinggi. Ni yang marah sangat! Maaf ya wahai pembaca! Geram sungguh kepada anak-anak derhaka ini. Banyak lagi anak-anak derhaka hanya yang dua anak derhaka ni yang paling sial. Kecik-kecik tak nak mampus bila besar menganiayai ibu sendiri. 

Bagi penulis kadang-kadang  berasa sedih dan terkilan kerana tidak mempunyai banyak masa untuk berbakti dan  membalas budi kedua-dua ibu bapa yang sudah kembali ke rahmatullah beberapa tahun lalu. Allah SWT lebih menyayangi mereka, walaupun sentiasa berdoa mereka panjang umur, agar mempunyai masa membalas budi mereka.

Hairan, bagaimanakah anak yang masih mempunyai ibu bapa sanggup mengabaikan mereka.  Mutakhir ini kita disajikan dengan pelbagai berita mengenai sikap buruk anak terhadap ibu bapa. Seorang anak yang  berjawatan  besar dilaporkan tidak  pernah menjenguk ibu dan bapanya, malah langsung tidak mempedulikan mereka selama lebih tujuh tahun. Ada juga anak yang menjadikan ibu bapa sebagai hamba dengan meminta mereka menjaga  anak-anak secara percuma. Lebih serius, ada  ibu bapa yang menjadi mangsa sepak terajang anak, dan dibunuh oleh insan yang mereka sendiri lahirkan.

Berbuat baik kepada ibu bapa adalah perintah Allah SWT seperti dalam firmannya  yang  bermaksud: 
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan  menyembah  selain  Dia  dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapa  mu  dengan  sebaik-baiknya.  Jika salah seorang di antara keduanya atau  kedua-duanya  sampai  berumur  lanjut  dalam  pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah  kamu  membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang  mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan  dan  ucapkanlah:  Wahai  Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, seperti  mereka  berdua  mendidik aku sewaktu kecil”.(Surah Al-Israa: 23-24)
Dalam   ayat  lain,  Allah  SWT  berfirman  yang  bermaksud:  
“Dan  Kami perintahkan  kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya, ibunya  telah  mengandungnya  dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan  menceraikan susu dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua  orang  ibu  bapamu, hanya  kepada Akulah kembalinya kamu.” (Surah Luqman: 14).
Berbuat baik dan bersyukur kepada ibu bapa bermakna membalas segala jasa yang  dilakukan kedua-duanya terhadap anak dengan memberikan pertolongan serta  memberi  nafkah  kepada mereka berdua setelah mereka tua dan uzur serta tidak lagi mempunyai sumber pendapatan. Keutamaan berbakti kepada kedua-dua ibu bapa adalah melebihi berjihad di  jalan  Allah SWT seperti  sabda  Rasulullah SAW: 
“Daripada Abu Abdul Rahman  Abdullah  bin Mas’ud beliau berkata: Aku bertanya kepada Nabi SAW amalan manakah paling disukai Allah? Baginda menjawab, solat pada waktunya. Aku bertanya lagi, kemudian apa? Baginda menjawab, kemudian berbakti kepada  kedua-dua  orang  tua. Aku  bertanya lagi, kemudian apa? Baginda menjawab, jihad pada jalan Allah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jumhur  ulama  mazhab empat bersepakat bahawa nafkah ibu dan bapa adalah wajib  ke atas anak-anak sama ada anak lelaki atau anak perempuan. Ulama sepakat  bahawa ibu dan bapa yang berhak kepada nafkah ialah ibu bapa  yang tidak berkemampuan, tidak mempunyai harta atau tidak mempunyai pekerjaan dan tidak mampu membiayai diri mereka sendiri. Pada pandangan Mazhab Hanafi dan Shafie, tidak bekerja bermaksud juga tidak berupaya untuk  berkerja disebabkan oleh penyakit kronik, buta, tidak siuman dan cacat anggota badan dan anak yang wajib memberi nafkah kepada ibu bapa adalah anak yang berkelapangan sama ada mempunyai harta ataupun pekerjaan.

Ibu bapa tidak pernah mengharapkan wang ringgit anak, cuma pada usia senja mereka mengharapkan secebis  perhatian daripada anak untuk menumpang kasih, sebelum dipanggil Allah SWT.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment







Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved