Rezeki Yang Banyak Atau Sikit Tapi Berkat
Rezeki yang banyak lagi halal adalah keutamaan penulis. Jika mendapat rezeki yang sikit pun tetap bersyukur jugak. Kenapa minta yang banyak? Selain dapat menyelesaikan hutang, dapat juga menolong dan membantu golongan fakir miskin, golongan orang kurang upaya, anak-anak yatim dan lain-lain lagi.
Perpatah Melayu "Hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat". Biarlah kita menjadi orang Islam yang kaya dan dapat membantu orang Islam lain yang susah.
Semalam keluar keputusan SPM. Apabila masuk bulan Julai nanti, banyak anak-anak yang akan melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi dan IPTA. Maka peninglah kepala ibubapa mencari duit nanti. Ibubapa yang pendapatan RM2,500 atau kurang akan merasakan tekanan kerana jumlah gaji yang diterima adalah dikategorikan "keluarga miskin".
Apa pasal dikategori "keluarga miskin" dengan gaji sejumlah tersebut. Kerana gaji bersih yang diterima mungkin tidak sampai 50%. Tolak perbelanjaan dan potongan nanti tidak termasuk perbelanjaan lain yang tidak dijangka, maka yang baki itu cuma dapat bertahan seminggu sahaja selepas menerima gaji.
Nak dikatakan susah tak jugak, pada pandangan zahir. Ada TV 29", kereta dan lain-lain peralatan dan perkakas rumah termasuk astro. Golongan ini tidak mendapat perhatian berbanding dengan orang susah yang kita lihat dalam rancangan TV3. Sambil menangis anak-anak apabila di"interview" oleh pengacara TV. Sedih jugak dengan nasib mereka ini.
Ada sebuah keluarga yang susah pernah penulis jumpa. Penulis bagi tau begini "Pak cik, kita panggil TV3 nanti masuk dalam TV selesai masalah pak cik". Jawab pak Cik ini "Biarlah macam ni, pak cik malu jika masuk TV nanti, maruah pak cik sekeluarga macamana? Biarlah pak cik usahakan biar sedikit pun dah cukup dan syukur dengan Allah". Walaupun susah macamana pun, maruah kena jaga. Itu yang penting. Dengan rezeki yang sikit tapi berkat dapat juga hidup.
Yang banyak rezekinya pun kadang-kadang tak pernah rasa cukup disebabkan nafsunya yang tidak pernah puas dengan nikmat Allah SWT. Cuba anda pergi jumpa mereka atau saudara anda yang kaya dan cuba pinjam duit RM2,000 dari mereka. Ada saja alasan yang akan diberikan. Contohnya...Akak nak bayar deposit "maid" baru RM4,000 yang lama dah berhenti. Along yang baru keluar U dah minta kereta MYV. Abang kau tukar tayar kereta Mercedec dia, dah RM5,000. Yang dapat ditolong pada anda hanya RM200 sahaja. Inilah orang kaya atau saudara kaya yang akan anda jumpa nanti jika anda cuba nak meminjam RM2,000 dari mereka semasa anda sesak nanti.
Pengajaran begini pernah penulis lalui dahulu. Tetapi sebagai pengajarannya, penulis berjanji pada diri sendiri janganlah jadi macam golongan yang kaya ini. Walaupun kaya tetapi tidak mahu menolong orang lain yang susah atau sesak. Tengoklah ahli-ahli korporat Melayu kita. Walaupun kaya raya, apakah sumbangan mereka kepada golongan miskin di negara ini.
Bila mereka bercerai, barulah kita tahu mereka ini betul-betul kaya. Apa tidak, kalau si isteri yang kena cerai minta RM5 juta yang kita baca dalam akhbar. Banyak kes penceraian yang melibatkan Datox dan ahli perniagaan masa kini.
Yang keluarga betul-betul miskin di kampong, harap bantuan dari kebajikan masyarakat. Itu pun yang terpilih untuk mendapat bantuan.Kalau tak percaya pergilah tengok semasa mereka pergi untuk menerima duit dari pejabat penghulu. Ada yang datang dengan kereta. Betulkah mereka ini layak menerima bantuan? Dalam bantuan kerajaan pun main pilih ikut kroni jugak, habis saudara yang susah sikit pun dapat bantuan "welfare". Tak amanah langsung setengah Tok-tok sidang ini. Jawablah nanti di akhirat. Yang susah betul kadang-kadang nama tercicir tidak disenaraikan untuk terima bantuan.
Yang keluarga betul-betul miskin di kampong, harap bantuan dari kebajikan masyarakat. Itu pun yang terpilih untuk mendapat bantuan.Kalau tak percaya pergilah tengok semasa mereka pergi untuk menerima duit dari pejabat penghulu. Ada yang datang dengan kereta. Betulkah mereka ini layak menerima bantuan? Dalam bantuan kerajaan pun main pilih ikut kroni jugak, habis saudara yang susah sikit pun dapat bantuan "welfare". Tak amanah langsung setengah Tok-tok sidang ini. Jawablah nanti di akhirat. Yang susah betul kadang-kadang nama tercicir tidak disenaraikan untuk terima bantuan.
Ada jugak melayu yang kaya raya buat yayasan. Boleh kira dengan jari. Bila nak derma saja masuk TV, bagi cek yang besar-besar.Tengoklah bangsa lain. Yang kaya selalunya menolong bangsa mereka. Buka bengkel, kedai letrik. Pada hal baru habis belajar dari IPTS. Penulis pernah tanya taukeh muda,"Lu mana dapat modal bikin bisnes?, gua punya foundation kasi RM50,000". Itu pasal bangsa lain lebih maju dari bangsa kita kerana bangsa lain sanggup menolong bangsa sendiri. Apa kena dengan bangsa sendiri wahai bangsaku terutama ahli korporat atau keparat Melayu.!
Oleh yang demikian, mohonlah kepada Allah SWT semuga diberikan rezeki yang banyak lagi halal pada kita. Dapat jugak kita membantu kawan-kawan yang memerlukan bantuan dan pertolongan ikhlas dari kita nanti.
Untuk mempastikan bahawa setiap rezeki yang diterima sama ada banyak atau sedikit itu mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t maka kita perlulah meneliti beberapa perkara berikut :
1. Kita tidak meninggalkan sebarang perintah Allah SWT seperti sembahyang dan mengeluarkan zakat sepanjang tempoh kita mencari rezeki.
2. Kita tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang dan maksiat seperti menipu, curi tulang, berjudi dan sebagainya semasa kita bekerja.
3. Kita bekerja dengan jujur dan amanah, jauh daripada niat-niat yang serong dan tujuan yang jahat.
4. Kita menjaga lidah dan anggota badan kita daripada menyakiti hati orang lain, sebaliknya sentiasa menolong orang lain bagi tujuan kebajikan.
5. Menanam keyakinan yang kuat bahawa rezeki itu ketentuan Allah SWT di mana manusia cuma berusaha dan berserah kepada Allah s.w.t.
Sekian. wasallam.
0 comments:
Post a Comment