PERLUKAH AMALAN MANDI BUNGA?
Empat tahun yang lalu, penulis telah diajak oleh seorang kawan menemannya ke rumah seorang "wak S...P di Bagan Datoh untuk berubat kerana rumahnya selalu diganggu oleh makhluk halus. Setelah sampai dan menunggu giliran, keluar dua orang gadis cantik dari bilik persalinan dan berkemas diri untuk balik ke Kuala Lumpur dan menaiki kereta mewah BMW.
Memang cantik kedua-dua wanita itu yang berumur dalam lingkungan 30 ke 35 tahun. Kerana ingin tahu dan kami bertanya pada "Wak" tersebut. Apakah masalah kedua gadis-gadis yang baru pulang tadi? Beliau memberitahu mereka baru menjalani rawatan mandi bunga untuk mendapatkan jodoh. Walaupun sudah berjaya dalam bisnes tapi sukar mendapat jodoh dan selalu dipermainkan oleh teman-teman lelaki. Beribu wang ringgit telah disonglapkan oleh bekas teman lelaki mereka tetapi akhirnya ditinggalkan. Bab yang tergadai itu usahlah disebut. Berdosa nanti!. Itulah kisah kedua-dua wanita tersebut. Jadi apa kata kita lihat amalan mandi bunga ini dalam perpektif Islam.
Amalan mandi bunga ini sebenarnya jika dilihat dari sudut sains adalah baik, kerana menurut Dr. Fadzilah Kamsah melalui satu siri ceramahnya beliau, menyebut:‘Mandi bunga ini dapat menaikkan seri wajah kerana badan manusia itu kembali segar selepas mandi bunga ini di lakukan kerana khasiat yang terdapat pada bunga ini menyerap ke dalam tubuh badan’
Jadi amalan ini sebenarnya mempunyai khasiat tertentu yang baik untuk individu yang melakukannya, tetapi amalan ini haruslah di lakukan dengan niat kerana Allah SWT semata-mata dan juga tidak bercanggah dari landasan Islam. Dan hujah ini dengan kajian dari pihak lain, dimana hasil kajian itu mendapati:
“Mandi bunga membawa banyak faedah, bunga dikatakan pencerap tenaga matahari yang paling baik, mandi dengan air bercampur bunga memungkinkan kita mendapat kebaikan-kebaikan tenaga matahari yang telah dicerap serta diproses oleh bunga.”
Amalan mandi bunga ini telah dibuktikan secara saintifik yang terbukti dapat menyihatkan tubuh badan dan menyegarkan badan. Ketika mandi bunga ini tidaklah mengharap dari perbuatan mandi bunga itu dapat mencepatkan jodoh, menolak bala atau sebagainya, ini kerana setiap sesuatu berlaku terletak pada ketentuan Allah SWT.
Kita serahkan pada Allah swt, jodoh pertemuan, hidup dan mati semuanya ketentuan illahi. Hanya Allah swt yang mengetahui segalanya.
Jadi amalan ini bukanlah suatu amalan yang salah tetapi pelaksanaan yang dilakukan ketika amalan ini dijalankan menjadikan amalan ini salah. Oleh itu umat Islam secara khusus nya haruslah menolak amalan ini sebagai penentu sesuatu perkara tetapi sebaliknya hanyalah suatu amalan biasa seperti amalan mandi biasa yang di lakukan setiap hari.
Oleh itu amalan ini haruslah di tolak 100% sebagai penolak bala, pemberi nasib baik dan lain-lain lagi yang nyata tiada asas sama sekali. Perbetulkan niat ketika melakukannya, dengan niat hanya mandi dan dengan tujuan untuk menyegarkan tubuh badan sahaja.
Amalan mandi bunga ini boleh di lakukan pada bila-bila masa sahaja, tidak memerlukan pada majlis-majlis tertentu atau masa khusus seperti majlis perkahwinan ataupun ketika upacara belajar silat dan yang berkaitan dengannya.
Sebagai kesimpulanya, setiap perkara itu haruslah dilakaukan dengan sebaik mungkin, ini dengan mengambil kira hukum-hukum, serta garis panduan yang di gariskan di dalam Islam, ini kerana setiap amalan yang di lakukan itu boleh mendatangkan pahala dan keberkatan Allah SWT jika di lakukan dengan sebaik mungkin, jadi setiap amalan itu semuanya berbalik kepadaNya.
Berkaitan amalan mandi bunga ini tidak mempunyai nas, dalil-dalil atau pun hadis yang sahih di dalam Islam. Amalan ini sebenarnya berkait rapat dengan amalan di dalam agama Hindu, yang rata-ratanya melibatkan perbagai jenis bunga di dalam amalan ritual agama mereka. Antara lain amalan mandi di dalam amalan agama Hindu adalah amalan mandi di Sungai Ganges untuk menyucikan dosa, mandi minyak (minyak bijan) ketika Deepavali untuk membuang nasib buruk dan lain-lain lagi.
Lebih merisaukan lagi dikhuatiri masyarakat Islam pada hari ini menjadi syirik dek kerana kurang mengetahui latar belakang sebenar amalan ini dan mungkin mengangap ianya sebahagian dari amalan di dalam Islam, ini kerana orang yang melakukan amalan ini atau lebih di kenaili sebagai ‘bomoh’ memulakan ritual ini dengan bacaan basmallah dan di akhiri dengan lafaz syahadah dan salawat. Inilah yang boleh menyebabkan salah faham berlaku kerana seseorang individu itu menggangap amalan mandi bunga ini turut berada di dalam amalan teras Islam seprti mandi junub, mandi sunat hari jumaat, mandi sunat hari raya qorban mahupun mandi sunat Aidilfitri yang mana amalan mandi ini terdapat nas, dalil dan hadis yang sahih.
Kekeliruan ini disebabkan kerana amalan ini tampak ‘Islamik’ dengan suntikan-suntikan dari pihak yang tidak bertanggungjawab dan buta mengenai Islam, jadi ‘mentality’ ini harus di ubah bagi membendung umat Islam menjadi syirik serta terus mengamalkan amalan mandi bunga ini dengan cara yang bertentangan dengan amalan Islam secara khususnya.
Sebaik-baiknya untuk gadis yang risau dan sukar mendapatkan jodoh. Amalkan dan perbanyakkan membaca doa pendekat jodoh dan doa pengasih walaupun belum dikategorikan sebagai "Andartu".
Sekiranya anda ditakdirkan menjadi "andartu". Terimalah ketentuan ilahi kerana Dia Yang Maha Mengetahui sesuatu yang baik untuk anda. Apa gunanya jika berkahwin nanti tetapi disepak terajang seperti bola seperti perpatah melayu "Habis madu sepah dibuang" dan diceraikan. Mungkin Allah SWT menyediakan seorang bidadara yang tampan menanti anda disyurga nanti. Jadilah wanita Islam yang solehah.
0 comments:
Post a Comment