HOT SITE CLICK HERE MEMAHAMI PERINGKAT REMAJA ANAK-ANAK KITA. | Islam For All
Breaking News
Loading...
Sunday, January 12, 2014

MEMAHAMI PERINGKAT REMAJA ANAK-ANAK KITA.






Kata orang tua-tua "Menjaga lembu sekandang lebih senang daripada menjaga anak remaja seorang". Memang penulis akui kata-kata tersebut. Bukan mudah merintis jalan dan membimbing mereka sekiranya ibubapa kurang berilmu dizaman internet ini. Lain yang disuruh lain pula yang dibuat! Itulah anak-anak remaja kesayangan kita. Nak ditampar takut lari dari rumah. Kenalah berhati-hati menggunakan akal fikiran yang Allah SWT berikan kepada kita. 

Itu sebabnya bila isteri mula mengandung, usahlah dibiar melihat perkara yang bukan-bukan di TV Astro.  Bukan nak menyekat kehidupannya. Menyaksikan filem kartun Doraemon, AF atau Mentor yang paling teruk sekali cuba elak tengok Rancangan Raja Lawak. Takut esok lahir anak jadi macam Man Belon.."Siapa yang punya! Man Belon yang punya!. Yang ni, kacau! Anak ini besar mesti layar buruk punya.

Ada pula suami yang bahalol lodi bawa isteri yang mengandung menyaksikan Rancangan Realiti TV. Bila anak tu besar nanti asyik memekak dalam tandas. Pantang tengok konsert Jomheboh. Pasti didesak ibubapanya pergi, tak kira jauh atau dekat. Jangan salah anak. Ini semua salah ibubapanya. 

Suruh isteri kita banyak membaca terjemahan Al-Quran, meyaksikan rancangan masakan Chef Wan mana tahu besar nanti jadi Chef yang terkenal. Kerana ibu yang mengandung mempengaruhi kandungannya. Yang tak tahu membaca surah, beli CD A-lQuran suruh dia dengar seperti surah Al-Mulk di blog ini.

Berbalik kepada perkara tajuk, menurut Islam. Zaman remaja dikaitkan dengan istilah baligh dan apabila seseorang itu baligh, wajib ke atasnya melakukan segala hukum syarak dan meninggalkan perkara dilarang. 

Biasanya tanda baligh bagi kanak-kanak lelaki apabila bermimpi, manakala perempuan  apabila keluar haid. Semua tanda itu menunjukkan pertukaran zaman  daripada kanak-kanak ke alam remaja. Tugas mendidik golongan yang baru masuk ke alam remaja ini adalah tanggungjawab ibu bapa, guru (aa) dan semua  pihak.  Mereka  perlu  dijelaskan mengenai hukum syarak berhubung kecenderungan  naluri  remaja, di samping andaian risiko sesuatu perkara ketika  melarang  atau  menyuruh mereka melakukan sesuatu. 

Abd Al-Rahman  Wasal  memetik  pendapat  Imam  Syafie  menjelaskan, ibu bapa bukan saja perlu  memberi  penerangan  selepas  mereka  baligh  bahkan  sebelum itu seperti  kewajipan  solat,  puasa, termasuk batas pergaulan. Usia remaja dikaitkan sebagai peringkat paling mencabar di samping perubahan fizikal  yang ada kala sukar difahami tanpa bimbingan orang dewasa.

Sesetengah  ahli  pakar jiwa  membahagikan  zaman remaja kepada tiga. 
  • Pertama, peringkat sebelum remaja yang biasanya bermula dari umur 10 tahun dan berakhir  pada  umur  12  tahun.  
  • Kedua, peringkat awal remaja antara 13  hingga 16  tahun dan ketiga. 
  • Peringkat akhir remaja antara 17 hingga 21 tahun.
Membentuk  remaja  cemerlang  melalui  pendidikan  Islam, ibu bapa tidak boleh menunggu anak meniti tahap demi tahap kerana pembentukan jati diri bermula  ketika  mereka  masih  dalam  rahim,  difahami keadaan ibu yang mengandung mempengaruhi kandungan.

Ibu  bapa  dinasihatkan  menjalani  kehidupan  berpandukan  agama supaya menjadi  contoh kepada anak kerana mereka guru pertama kepada anak serta bertanggungjawab terhadap pertumbuhan rohani dan jasmani anak.  

Sabda  Rasulullah  SAW,  diriwayatkan oleh Tirmizi yang bermaksud: 
"Tidak ada lebih baik diberikan bapa kepada anaknya daripada adab yang elok". 
Kehidupan  berkeluarga  mesti  mengambil kira pengukuhan iman dalam diri melalui  pendidikan  rohani.  Jiwa  anak  perlu diisi nilai murni supaya mereka mempunyai pegangan. Pada masa sama, ibu bapa perlu memahami jiwa anak supaya proses membimbing dilaksanakan secara berkesan.

Ibu  bapa  juga  harus meluangkan masa berkualiti dan menjadi rakan baik  kepada  anak dengan  memberi peluang mencurahkan masalah dihadapi. Cara ini  membuatkan  mereka  tidak  takut  bercerita  jika  sesuatu  perkara berlaku.

Peringkat  akhir  remaja  menunjukkan  kematangan dan wujud kepelbagaian   pengalaman  serta  dapat  membezakan  baik  atau  buruk sesuatu perkara. Namun,  pendidikan terhadap mereka tidak harus diketepikan kerana mereka suka  membuat  sesuatu  yang dianggap dewasa dan menarik perhatian. Pada peringkat ini, ibu bapa adalah guru menunjukkan jalan kebaikan dunia dan akhirat.

Pendidikan  pada  peringkat  akhir  ini mesti dengan lemah lembut supaya jiwa  anak  tidak  mudah  tersentuh.  Anak  tidak  boleh  dimarahi  atau ditengking  yang  menyebabkan  mereka  kasar  serta  hilang  rasa hormat  terhadap orang lain.    Kebebasan  wajar  diberi  kepada remaja selagi tidak bertentangan ajaran Islam.  Pendapat  atau pandangan bernas mereka mesti diambil kira supaya mereka  rasa  dihargai  serta  diberi  perhatian oleh orang lain. Ibadat diajarkan Islam mengandungi daya dan wasilah untuk mengasuh anak menjadi insan  yang  berbakti  kepada  agama,  bangsa  dan  negara. Remaja harus didedahkan mengenai tanggungjawab untuk melangkah ke alam kedewasaan.

Wassalam. Jazakallah Khairan.

0 comments:

Post a Comment







Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved