Hukum Menggugurkan Kandungan Masalah
Drama TV3 semalam bertajuk "Penggali" mengisahkan seorang adik perempuan yang mengandung dari perbuatan zina dengan beberapa orang teman lelakinya yang ingin mengugurkan kandungan. Atas nasihat abang melarang si adik dari melakukan dosa besar selepas melakukan dosa zina sebelum itu.
Dari kisah si ayah yang hidup mewah dengan hasil duit rompakan dari syarikat keselamatan menunjukkan kepada kita bahawa sumber duit haram itu tidak diberkati dan kesannya keatas sesebuah keluarga itu tidak akan mendapat kebahagiaan dan selalu dirundung masalah. Jadi terfikir pagi ini untuk membuat tajuk berkenaan hukum mengugurkan anak dalam kandungan.
Jika ada wanita hamil, dan pada kehamilan awal (sekitar 2-3 bulan) lalu di ramalkan oleh doktor bahawa bayi itu mengalami penyakit, dan akan membahayakan ibu dan bayi jika dipaksakan untuk hamil, lalu doktor menyarankan untuk digugurkan kandungannya.
Bagaimanakah hukumnya dalam Islam, apakah diperbolehkan untuk di gugurkan?
1. Apabila pengguguran kandungan itu dilakukan setelah diitupkannya roh atau setelah 120 hari, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud bahawa Rasulullah saw bersabda,
”Sesungguhnya setiap kalian dikumpulkan penciptaannya diperut ibunya selama empat puluh hari berupa nuthfah (air mani), lalu menjadi ‘alaqah (segumpal darah) selama itu pula, lalu menjadi mudhghoh (segumpal daging) selama itu pula kemudian Allah mengutus malaikat untuk meniupkan ruh kepadanya..”
Maka tidak ada perbezaaan dikalangan para ulama' akan pengharaman pengguguran kerana perbuatan itu termasuk membunuh jiwa dengan cara yang tidak dibenarkan.
2. Apabila pengguguran kandungan dilakukan sebelum ditiupkan roh maka terjadi perbezaaan pendapat dikalangan para ulama':
a. Sebahagian ulama' mazhab Hanafi berpendapat bahawa pengguguran kandungan dibolehkan sebelum terbentuknya makhluk, sama seperti pendapat para ulama' Hambali yang membolehkannya sebelum persis empat puluh hari.
b. Pendapat para ulama' Hanafi sebenarnya adalah membolehkan jika terdapat uzur.
c. Para ulama mazhab Maliki berpendapat bahawa pengguguran kandungan sebelum usia empat puluh hari adalah makruh.
d. Sedangkan pendapat yang dipegang oleh para ulama mazhab Maliki, ini juga merupakan pendapat para ulama Syafi’i dan Hambali adalah diharamkan.
Terkait dengan permasalahan ini maka tidak dibolehkan (haram) menggugurkan kandungan meskipun usia kandungan baru berusia 2 – 3 bulan (sebelum ditiupkan ruh) kerana perbuatan tersebut termasuk kedalam merosak keturunan sebagaimana firman Allah swt :
Ertinya: “Dan apabila ia berpaling (dari kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya, dan merosak tanam-tanaman dan keturunan, dan Allah tidak menyukai kebinasaan.” (Surah. Al Baqaroh: 205)
Namun demikian para ulama' membolehkan pengguguran kandungan sebelum masa ditiupkan roh apabila diketahui bahawa janin yang dikandung itu telah meninggal didalam perut ibunya atau akan membahayakan kehidupan si ibu jika kehamilannya dilanjutkan berdasarkan ketetapan para doktor yang dipercayai.
Wallahu A’lam
0 comments:
Post a Comment