Beramal tanpa ilmu akan merosakkan
Beramal tanpa ilmu adalah lebih banyak merosakkan dari memperbaiki. Tanpa ilmu juga pendakwah akan menyesatkan perjalanan dalam perjuangannya. Pemimpin yang tidak mempunyai ilmu akan merosakkan bangsa dan negaranya. Memimpin tanpa ilmu dan juga agama akan mengakibatkan keruntuhan sesuatu masyarakat itu. Pemimpin yang berilmu memakmurkan rakyatnya. Mengikut pemimpin yang berilmu dan baik agamanya adalah perjuangan menjihadkan agenda Islam.
"Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah (alasan) yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik". (Surah Yusuf :108)
Kata kunci dari ayat di atas adalah perkataan "Bashirah" yang merupakan acuan keahlian dalam Islam.
Semakin luas dan tajam "bashirah" seseorang, semakin pula ia bersifat profesional dalam bidang kerja yang ia ceburi. Apalagi konteks ayat ini jelas dalam konteks dakwah yang merupakan pekerjaan yang paling mulia.
Dalam ayat ini Allah SWT mengiringi proses kewajiban dakwah dengan "bashirah" sebagai sebuah kewajiban syar'iyyah yang dituntut oleh Islam.
Justeru kehidupan ini diciptakan oleh Allah di antaranya adalah untuk menguji siapa yang benar-benar ihsan atau bersifat profesional dalam beramal.
"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya". (Surah Al-Mulk : 2)
Ibnu Katsir mendefinasikan "bashirah" sebagai :
"Sebuah keyakinan yang berlandaskan alasan syar'i dan aqli yang kukuh serta tidak taklid buta."
Manakala menurut Imam As Syaukani pula, "bashirah" adalah:
"Pengetahuan yang mampu mengasingkan yang hak dari yang bathil, yang benar dari yang salah dan begitulah seterusnya."
Inilah bangunan keahlian dalam dakwah yang tegaskan oleh ayat di atas iaitu:
"Beramal dan berdakwah atas dasar ilmu, keyakinan, tiada keraguan apalagi persepsi yang tidak benar terhadap dakwah."
Di sinilah peri pentingnya sebuah pembinaan yang berterusan meskipun terhadap pendakwah, kerana pendakwahlah justeru inti dari sebuah proses dakwah.
Bahkan dikatakan dalam sebuah pepatah, "beramal tanpa ilmu lebih banyak merosakkan daripada memperbaiki" .
Agar perasaan dan sikap profesional muncul, maka segala aktiviti seseorang mestilah dimulai dengan sebuah kesedaran dan niat yang benar. Begitu juga ia hendaklah dimulai dengan taubat yang hakiki yang akan memperbaiki hubungannya dengan Allah swt.
Kesalahan dan berubahnya niat akan turut mempengaruhi prestasi seseorang dan mengakibatkan permulaan kerja yang diragui, tidak sempurna dan cenderung kepada sikap santai.
Sufyan As Tsauri pernah mengungkapkan:
"Tidak ada sesuatu yang lebih aku perhatikan selain dari niat".
Inilah rahsianya kenapa setiap amal dalam Islam harus berdasarkan niat yang benar dan tulus kerana Allah swt. Rasa takut akan pertanggungjawaban dakwah di hadapan Allah juga akan turut memperkuatkan keseriusan dan kejelasan dakwah seseorang.
Inilah maksud firman Allah swt:
"(Iaitu) orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut kepada-Nya dan mereka tiada merasa takut kepada seorang(pun) selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pembuat Perhitungan" . (Surah Al Ahzab : 39)
Dalam konteks ini, Dr. Ali Abdul Halim Mahmud menegaskan bahwa "Keahlian Pendakwah" merupakan persoalan besar dalam dakwah yang mesti diperhatikan dengan baik dan tidak boleh diabaikan dalam keadaan apapun kerana para pendakwah dari kalangan nabi pun merupakan manusia pilihan AllahSWT :
"Allah memilih utusan-utusan (Nya) dari malaikat dan dari manusia; sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat". (Surah Al-Hajj : 75).
Seterusnya Ibnul Qayyim merumuskan beberapa bangunan keahlian dakwah yang diperlukan oleh seseorang pendakwah:
1. Ia mesti memiliki landasan ilmu atas apa yang ia sampaikan.
2. Ia mesti diimplementasikan secara jujur dan benar terhadap apa yang ia
sampaikan.
Di sinilah kedudukan ilmu sebagai asas dalam beramal. "Setiap orang yang beramal tanpa ilmu, maka amalnya tertolak dan tidak diterima".
Seorang yang profesional atau berkeahlian adalah seorang yang:
1. Tekun.
2. Sabar.
3. Tahan godaan.
4. Sentiasa dinamik dan mencari kreativiti baru dalam berdakwah.
Ini adalah kerana memang ia tidak akan rela jika dakwah ini menjadi "kosong dari isinya" dan berjalan namun tidak mendapat tempat di hati umat.
Contoh paling tepat adalah Nabi Nuh as. Di tengah-tengah penolakan kaumnya, ia tetap mencari cara-cara baru dalam berdakwah agar penerusan dakwah boleh dipertahankan. Ia tetap komited dan teguh, bahkan mencari alternatif wasilah dakwah yang berbagai sesuai dengan keadaan dan tuntutan kaumnya:
"Nuh berkata: "Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang, maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran). Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (kemukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan menyombongkan diri dengan sangat. Kemudian sesungguhnya aku telah menyeru mereka (kepada iman) dengan cara terang-terangan kemudian sesungguhnya aku (menyeru) mereka (lagi) dengan terang-terangan dan dengan diam-diam". (Surah Nuh : 5-9)
Di sinilah keahlian kita akan terus diuji dengan berbagai ujian sehingga akan lahir sifat kaliber manusia yang diabadikan oleh Allah sebagai kelompok yang tetap teguh dan jujur dalam dakwah mereka.
"Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)". (Surah Al-Ahzab : 23)
Inilah prinsip yang sentiasa dipegang oleh para pendahulu dakwah, kerana mereka yakin bahwa kecintaan Allah swt hanya akan dianugerahkan kepada mereka yang beramal dengan :
1. Tulus.
2. Cerdas.
3. Sempurna.
4. Serius.Rasulullah saw bersabda :
"Sesungguhnya Allah cinta jika hambaNya beramal dengan itqan".
"Itqan" dalam ertikata melaksanakan dengan :
1. Lebih banyak.
2. Lebih bermutu.
3. Lebih berkualiti.
dari kebiasaan orang yang mampu berbuat dan bekerja.
Sikap di atas adalah seperti yang Allah swt gambarkan tentang kelompok manusia muhsin yang mampu beramal, lebih tinggi di atas kebanyakan manusia yang sanggup beramal.
"Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat dengan ihsan. Di dunia mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan sentiasa memohonkan ampunan di waktu sahur (pagi sebelum fajar)". (Surah Az-Dzariyaat : 16-18)
Ruang dakwah ke depan memang akan menuntut lebih keahlian kita dalam konteks "keilmuan" yang boleh dipertanggungjawabkan (bashirah) sehingga citra dakwah ini akan tetap baik seiring dengan permasalahan dan perkembangan dunia global yang lebih mencabar.
Marilah kita ciptakan suasana ilmiyyah yang merupakan komponen dasar dari sikap profesional dan keahlian dalam dakwah kita.
Ya Allah, kurniakanlah kepada kami sifat keahlian yang sebenarnya dalam urusan dakwah sehingga ianya akan membantu penyebaran dakwah ini ke seluruh ceruk dunia serta mampu menembusi setiap relung hati dan jiwa manusia yang akhirnya akan memenuhi bumi ini dengan limpahan rahmat dan keberkatanMu.
Ameen Ya Rabbal Alameen

Wasallam
0 comments:
Post a Comment