HOT SITE CLICK HERE Islam For All | A great information site about Islam and Muslims
Breaking News
Loading...

Miscellaneous





Recent Post

Wednesday, January 29, 2014
 ALAM BARZAKH ADALAH SUATU KEREHATAN YANG DAMAI BAGI JENAZAH BERIMAN

ALAM BARZAKH ADALAH SUATU KEREHATAN YANG DAMAI BAGI JENAZAH BERIMAN





Leka keseronokan dunia punca manusia lalai mengingati mati Inilah saat dinanti-nantikan setiap manusia, tidak kira agama apa yang dianuti, pastinya mati akan datang menjemput kita. Sebagai seorang Islam yang berpegang kepada al-Quran dan hadis, kita mempercayai kehidupan, kematian dan kehidupan selepas mati wajib dilalui semua manusia.

Bagaimana sihat seseorang, kuasa dan kekayaan, manusia pasti mati dan meninggalkan dunia fana ini. Malah, nabi dan rasul iaitu manusia yang paling dekat dengan tuhan, bahkan yang menjadi kekasih Allah pun tidak dapat lari daripada kematian, menghadapi alam barzakh dan hari penghakiman di padang Mahsyar.
Tuesday, January 28, 2014
6 PENYEBAB KEGHAIRAHAN SEKS MENURUN

6 PENYEBAB KEGHAIRAHAN SEKS MENURUN




Seks ada sebahagian daripada keperluan hidup seorang insan yang mempunyai nafsu. Tanpa seks hidup belum cukup sempurna walaupun dikurniakan harta dan wang ringgit yang banyak. Jika mahu rumahtangga yang aman, baik dan sempurna. Suami isteri kena jaga empat "S" iaitu Suruhan, Sejahtera, Syurga dan Seks. Suruhan iaitu perintah yang Allah suruh kena patuh, tinggal larangannya. Sejahtera - sejahterakan keluargamu dengan kebaikan dan hindarkan dari perkara yang buruk/mungkar. Syurga - itulah yang dicari-cari dalam kehidupan ini dan diakhirat. Yang terakir adalah Seks. Ia seperti makanan. Kena makan jika tidak nescaya lapar. Jika dibiarkan suami atau isteri itu lapar. Jika kurang imannya. Maka terjadilah kecurangan. 

Monday, January 20, 2014
JANGAN BODOH KERANA CINTA

JANGAN BODOH KERANA CINTA





‘Saya masih tertanya-tanya mengapa wanita apabila dilanda gelora cinta mereka jadi bodoh, tak boleh berfikir, tak makan nasihat, jadi buta, pekak, bisu dan cuma percaya kekasihnya saja. Itulah yang terjadi pada saya dahulu, sehingga hampir memusnahkan hidup saya.’ Demikian cerita FaraNajwa dalam emelnya.

‘‘Walaupun peristiwa itu berlaku 10 tahun lalu, tetapi bila melihat gelagat wanita kini yang tak boleh berfikir kerana cinta membuat saya teringat peristiwa pahit yang pernah saya lalui. Walaupun saya lulusan universiti tetapi ketika bercinta saya jadi bodoh.
RIWAYAT HIDUP IMAM SHAFIE

RIWAYAT HIDUP IMAM SHAFIE





Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman bin Syafie Bin Saib Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Mutalib Bin Abdul Manaf.

Imam Syafie adalah berasal dari keturunan arab Quraisy. Nasabnya berkait dengan Nabi Muhammad saw.

Beliau dilahirkan di Kota Gaza Palestin pada bulan Rejab 150 Hijrah. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan itu Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia akibat diracun oleh Khalifah Abu Jaafar al-Mansur dari Bani Abbasiyah sewaktu Imam Hanafi berada dalam penjara. Beliau dipenjara , diseksa dan dirotan kerana tidak mahu memberikan kerjasama kepada Khalifah Bani Abbasiyah yang zalim itu dengan menolak tawaran untuk menjadi Hakim kerajaannya.
JENIS WALI-WALI ALLAH

JENIS WALI-WALI ALLAH



PEMBAHAGIAN WALI-WALI ALLAH


1. Al-Aqtab

Al Aqtab berasal dari kata tunggal Al Qutub yang mempunyai erti penghulu. Dari sini dapat kita simpulkan bahwa Al Aqtab adalah darjat kewalian yang tertinggi. Jumlah wali yang mempunyai darjat tersebut hanya terbatas seorang saja untuk setiap masanya. Seperti Abu Yazid Al Busthami dan Ahmad Ibnu Harun Rasyid Assity. Di antara mereka ada yang mempunyai kedudukan di bidang pemerintahan, meskipun tingkatan taqarrubnya juga mencapai darjat tinggi, seperti para Khulafa'ur Rasyidin, Al Hasan Ibnu Ali, Muawiyah Ibnu Yazid, Umar Ibnu Abdul Aziz dan Al Mutawakkil.
WALI SONGO (WALI SEMBILAN)

WALI SONGO (WALI SEMBILAN)

Kata "wali" antara lain berarti pembela, teman dekat, pemimpin. Dalam pemakaiannya, kata ini biasa diartikan sebagai orang yang dekat dengan Alloh Ta'ala. Adapun kata "songo" berarti sembilan. Maka walisongo diartikan sembilan wali yg dianggap telah dekat dengan Alloh Ta'ala, terus menerus ibadah kepadaNya serta memiliki kekeramatan dan kemampuan kemampuan lain diluar kebiasaan manusia. Mereka yg disebut walisongo itu antara lain adalah:

PEMUDA UNGGUL DARI KISAH ASHABUL KAHFI

PEMUDA UNGGUL DARI KISAH ASHABUL KAHFI





Ashabul Kahfi tauladan buat pemuda umat ini Pemuda sebagai tunggak kepada kekuatan ummah seharusnya mempunyai aqidah Islam yang teguh, kefahaman Islam yang jitu, akhlak Islam yang mantap dan semangat keislaman yang waja. Pemuda Islam mesti menyedari tanggungjawab mereka sebagai harapan agama dan ummah iaitu;

1.Untuk mengabdikan diri kepada Allah.
2.Untuk berkomitmen dengan manhaj Rabbani dan memperjuangkanya.
3.Membantu membangunkan ummah dan negara Pemuda Islam juga harus menyedari asas-asas kekuatan mereka sebagai seorang muslim di mana tanpanya mereka tidak akan mampu merealisasikan tanggungjawab mereka itu. Asas-asas kekuatan itu ialah:






Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved