HOT SITE CLICK HERE Islam For All | A great information site about Islam and Muslims
Breaking News
Loading...

Miscellaneous





Recent Post

Thursday, January 2, 2014
 LAPAN PERKARA UTAMA PENGHALANG IMAN & JIHAD

LAPAN PERKARA UTAMA PENGHALANG IMAN & JIHAD






يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ آبَاءكُمْ وَإِخْوَانَكُمْ أَوْلِيَاء إَنِ اسْتَحَبُّواْ الْكُفْرَ عَلَى الإِيمَانِ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (٢٣)قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّى يَأْتِيَ اللّهُ بِأَمْرِهِ وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ (٢٤)
Terjemahan:

(23)     Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapa-bapa dan saudara-saudaramu pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
 HUKUM LI'AAN (MENUDUH ISTERI BERZINA)

HUKUM LI'AAN (MENUDUH ISTERI BERZINA)






وَالَّذِينَ يَرْمُونَ أَزْوَاجَهُمْ وَلَمْ يَكُن لَّهُمْ شُهَدَاء إِلَّا أَنفُسُهُمْ فَشَهَادَةُ أَحَدِهِمْ أَرْبَعُ شَهَادَاتٍ بِاللَّهِ إِنَّهُ لَمِنَ الصَّادِقِينَ (٦) وَالْخَامِسَةُ أَنَّ لَعْنَتَ اللَّهِ عَلَيْهِ إِن كَانَ مِنَ الْكَاذِبِينَ وَيَدْرَأُ (٧) عَنْهَا الْعَذَابَ أَنْ تَشْهَدَ أَرْبَعَ شَهَادَاتٍ بِاللَّهِ إِنَّهُ لَمِنَ الْكَاذِبِينَ (٨) وَالْخَامِسَةَ أَنَّ غَضَبَ اللَّهِ عَلَيْهَا إِن كَانَ مِنَ الصَّادِقِينَ (٩) وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ وَأَنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ حَكِيمٌ (١٠)


Terjemahan:


(6)   Dan orang-orang yang menuduh isterinya (berzina), padahal mereka tidak ada mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka persaksian itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar.

(7)   Dan (sumpah) yang kelima; bahwa la’nat Allah atasnya, jika dia termasuk orang-orang yang berdusta.
no image

NIAT BAIK TIDAK DAPAT MELEPASKAN YANG HARAM






ISLAM memberikan penghargaan terhadap setiap hal yang dapat mendorong untuk berbuat baik, tujuan yang mulia dan niat yang bagus, baik dalam perundang-undangannya maupun dalam seluruh pengarahannya. Untuk itulah maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya semua amal itu harus disertai dengan niat (ikhlas kerana Allah), dan setiap orang dinilai menurut niatnya." (Riwayat Bukhari)
 HUKUM SALING TIDAK BERTEGURAN

HUKUM SALING TIDAK BERTEGURAN





Daripada Abi Ayyub (ra) bahwa Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: 
“Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegoran dengan saudaranya (seagama) lebih dari tiga malam; mereka bertemu lalu yang ini berpaling dan yang itu juga berpaling, dan yang paling baik di antara mereka berdua ialah siapa yang memulai salam”. [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
Sabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam): 
“Barangsiapa yang tidak bertegUran lebih daripada tiga (hari), lalu ia mati, maka ia masuk neraka”. [Hadis Sahih Riwayat Abu Daud]
Sabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam):
no image

MENGUMPAT YANG DIBOLEHKAN.



Dari Aisyah RA, katanya: Hindon Binti Ubah, isteri Abu Soyan masuk menemui Rasulullah SAW.lalu bertanya: Ya Rasulallah, sesungguhnya Abu Sofyan adalah lelaki yang sanqat kedekut (bakhil), dia tidak memberi nafkah yang cukup untukku dan untuk anak-anakku, kecuali jika aku ambil saja hartanya (duitnya) tanpa pengetahuannya. Adakah aku berdosa kerana berbuat demikian? Maka jawab baginda Rasul SAW.: Ambillah hartanya (duitnya) itu dengan baik yang boleh mencukupi keperluanmu dan keperluan anak anakmu.
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

SYARAH AL HADIS:
no image

TAUBAT DARI SUATU DOSA SAMBIL TETAP MELAKUKAN DOSA YANG LAIN





Di antara pertanyaan yang penting yang menuntut untuk dijawab dan dijelaskan hukumnya di sini adalah pertanyaan: apakah taubat dari suatu dosa sah, jika sambil tetap melakukan dosa yang lain?

Dalam hal ini ada dua pendapat ulama, dan keduanya adalah dua riwayat dari imam Ahmad. Orang yang mengatakan di situ ada ijma', tidak mengetahui ikhtilaf pendapat yang terjadi, seperti an-Nawawi yang berpendapat lain dan ulama lainnya.

Abu Thalib al Makki dalam kitabnya "Qutul Qulub" meriwayatkan pendapat berikut ini dari beberapa ulama: 
 JANGAN BERSEDIH

JANGAN BERSEDIH





Assalamualaikum pembaca yang budiman. Pada hari jumaat semalam, tanggal 4 Feb 2011. Penulis telah bersolat jumaat di Masjid Aziziah Bt 10, Taman Desa Bernam, Hutan Melintang, Perak. Penulis dahulu kariah di masjid tersebut. Setelah sekian lamanya tidak menziarahi kawan-kawan semasa menyewa disitu setelah masjid lama yang baru dibina semula siap 2 tahun yang lepas. Terasa rindu untuk bersolat di masjid baru dan bertemu kawan-kawan yang lama tinggal di taman tersebut.

Sebagai manusia yang kudratnya bergantung kepadaNya dan sedang-sedang sahaja iman yang ada. Kadang-kadang apabila satu masalah datang dan ditimpa masalah baru pulak. Terasa tekanan dan semangat semakin menurun seperti tidak bermaya lagi. Nak diceritakan kepada pembaca, semua kita ada masalah tersendiri. Seperti masalah kewangan, keluarga, kesihatan dan banyak masalah yang merundungkan diri kita.
 7 SUNNAH NABI SAW YANG PATUT DIAMALKAN

7 SUNNAH NABI SAW YANG PATUT DIAMALKAN





Banyak sunnah-sunnah Nabi SAW yang kita boleh amalkan dan diantara yang selalu diamalkan setiap waktu oleh Nabi SAW ada tujuh sunnah. Setiap sunnah ini pastinya ada kelebihan berbanding diantara sunnah yang tidak dimasukkan dalam tujuh perkara ini.  

Tujuh Sunnah Rasulullah yang perlu diamalkan ialah :

1. Solat Tahajjud
 AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

AL-QURAN DAN AL-SUNNAH





Al-Quran telah memberitahu bahawa ia diturunkan untuk memperbaiki keadaan umat manusia.

"Ia memerintahkan manusia dengan berbuat baik dan melarang mereka daripada perbuatan yang tidak baik, menghalalkan bagi mereka yang baik serta mengharamkan atas mereka yang tidak baik".

Al-Sunnah dari segi bahasa ertinya jalan, adat atau kebiasaan. Sunnah seseorang ialah adat atau kebiasaan atau apa yang biasa ia lakukan, sama ada baik atau buruk. Didalam surah Al-Nisa, ayat 26, Allah swt berfirman:
 PERUBATAN ISLAM TIADA JAMPI MANTERA

PERUBATAN ISLAM TIADA JAMPI MANTERA




Amalan sihir terlalu luas ilmu dan perlakuannya. Ia boleh disampaikan melalui pelbagai cara  termasuk makanan, minuman, angin, perbualan telefon, bersalaman, berpelukan serta pandangan mata.

Namun, ramai yang tidak terfikir ada segelintir manusia berniat jahat menggunakan khidmat  bomoh atau pawang untuk melakukan penganiayaan terhadap orang lain.

Kaedah lain yang dikesan dalam amalan sihir ialah santau sama ada melalui tiupan angin ke dalam makanan, minuman atau mengambil barangan milik seseorang seperti gambar, rambut dan pakaian.
 PINJAMAN NYAWA

PINJAMAN NYAWA





Ingatlah usia umat akhir zaman terlalu singkat iaitu sekitar 60 hingga 70 tahun saja. Jika ada  yang mampu hidup lebih daripada itu maka ia dikira sebagai bonus namun jumlahnya tidak ramai.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, sedikit yang melampaui itu." (Hadis Riwayat Tirmizi).

Nabi Muhammad sendiri wafat ketika usia baginda 63 tahun.

Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi berkata: 
 MENGUBAH NASIB SENDIRI

MENGUBAH NASIB SENDIRI





Banyak orang menyalahkan takdir atau nasib ketika sedang mengalami kesusahan, atau mengalami sesuatu yang tidak diinginkan, tidak lulus ujian dianggap sudah takdir, gagal membina rumah tangga dianggap sudah takdir, jadi orang miskin kerana sudah takdir, kena musibah sudah takdir, jadi pemalas sudah takdir, jadi orang jahat sudah takdir, jadi orang sukses sudah takdir, jadi orang gagal dianggap sudah takdir, jadi calun penghuni syurga sudah takdir, jadi calun penghuni neraka dianggap sudah takdir, seakan-akan semua nasib yang menimpa manusia dianggap kerana takdir, sepertinya hidup itu tidak ditentukan oleh yang menjalani, rasanya seperti diatur oleh kekuatan luar biasa yang berada di luar dirinya, dan di luar batas kemampuannya.
 Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari-Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam

Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari-Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam



1. TUJUAN
1.1 Garis Panduan ini disediakan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat Islam dalam menyertai majlis perayaan orang bukan Islam supaya tidak berlaku perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

1.2 Garis Panduan ini juga menjadi asas rujukan kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dalam menganjur majlis perayaan orang bukan Islam bersama dengan orang Islam supaya tidak berlaku perbuatan syubhat atau acara yang bercanggah dengan prinsip dan nilai-nilai Islam.
 DUA GOLONGAN MANUSIA

DUA GOLONGAN MANUSIA






Menilai kehidupan dunia ini, Rasulullah SAW menyifatkan ia sebagai ladang hijau penuh dengan  keindahan. Pada masa sama, Baginda mengingatkan mengenai bahaya fitnah serta ujian terbentang di padang menghijau itu.

Sabda  Rasulullah SAW yang bermaksud:  

“Sesungguhnya dunia ini umpama taman hijau yang indah. Penuh dengan nikmat dan keindahan dan Allah menciptakannya untuk kamu. Oleh itu pastikan segala nikmat ini digunakan dengan sebaik-baiknya.” (Hadis riwayat Muslim dan Nasai’)
 DISIPLIN DAN KEIKHLASAN DALAM SOLAT

DISIPLIN DAN KEIKHLASAN DALAM SOLAT




Ketahuilah kejayaan seorang Muslim dan kebahagiaan di dunia serta akhirat bergantung sejauh mana  ketaatan dan muhasabah diri terhadap perkara yang diredai Allah.

Firman Allah SWT bermaksud: 

“Wahai orang beriman, bertakwalah kepada Allah dan perhatikanlah apa yang akan dilakukan untuk hari esok serta bertakwa kepada  Allah. Sesungguhnya Allah amat mengetahui dengan apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Hashr: Ayat 18).
 AKHLAK MULIA

AKHLAK MULIA




Keperibadian mulia membentuk masyarakat yang cemerlang tamadunnya kerana ia tidak dimusnahkan oleh  ghibah (mengumpat) dan namimah (mengadu domba).


Rahsia kejayaan Rasulullah SAW sehingga mampu membentuk barisan sahabat yang kukuh serta mantap daripada segi sahsiah dan keperibadiannya adalah dengan menonjolkan akhlak mulia sejajar keperibadian Muslim sebenar seperti dipaparkan dalam al-Quran.

 FACEBOOK: Photos & Tagging Yang Mengundangkan Dosa

FACEBOOK: Photos & Tagging Yang Mengundangkan Dosa






Ketika mula-mula saya mendaftar dan menyertai laman rangkaian sosial Facebook, saya tertarik dengan satu fungsi dalam aplikasi ‘Photos‘ yang dikenali sebagai ‘Tagging‘. Mungkin dalam Bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai ‘penandaan’.

Fungsinya, pengguna Facebook yang muat naik gambar ke dalam album fotonya boleh melakukan ‘tagging‘ iaitu menanda pengguna-pengguna lain yang ada dalam gambar tersebut. Aturannya ringkas, semudah ABC, dan hasilnya gambar-gambar yang ditanda itu secara automatik akan masuk dalam senarai ‘Photos of‘ bagi pengguna lain yang ditanda.
 HIDUP BERJIRAN

HIDUP BERJIRAN




Keharmonian hidup berjiran adalah sesuatu yang sangat dititikberatkan dalam syariat Islam. Walaupun sempadan rumah dipisahkan dengan pagar besi mahupun tembok konkrit, namun perkongsian nilai hidup harmoni tetap kukuh dengan adanya sifat mengambil berat dan menghormati.


Allah SWT berfirman yang bermaksud:

 KEBERKATAN HIDUP

KEBERKATAN HIDUP





Hidup berkat akan sentiasa  mencukupkan dan kecukupan itu membolehkan kita memperoleh  keberkatan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, kita perlu sentiasa berusaha untuk meraih keberkatan hidup di sisi Allah SWT dan berdoa supaya kehidupan kita sentiasa diberkati oleh-Nya.

Berkat, berkah atau barakah adalah ayat yang sering meniti di bibir kerana barakah berasal  daripada bahasa Arab yang bermaksud tumbuh, berkembang dan kemudian bercabang  antara satu sama lain saling berdekatan.
no image

KHASIAT AIR ZAM-ZAM MEKAH AL-MUKARRAMAH






Selalunya apabila kita mengunjungi rakan atau saudara yang baru balik buat haji dari Mekah. Air zam-zam yang akan dihidangkan bersama buah-buahan seperti kurma, kismis, kacang cerdik dan lain-lain serta pemberian tasbih sebagai hadiah. Yang penting kita dapat merasakan keenakan air zam-zam dari Mekah. Namun, sebenarnya air yang satu ini punya khasiat yang tidak kita temui dalam air lainnya.  
 HIDUP UNTUK MAKAN ATAU MAKAN UNTUK HIDUP?

HIDUP UNTUK MAKAN ATAU MAKAN UNTUK HIDUP?




Selalu kita tertanya-tanya sama ada hidup ini untuk makan atau makan untuk hidup? Jawapannya bagi seorang yang beriman adalah makan untuk hidup. Jangan jadi haiwan seperti lembu atau ayam dalam kehidupan ini kerana haiwan hidup untuk makan dan sampai masanya disembelih untuk dimakan oleh kita. Teruskan membaca.

CARI makan - demikian rutin kehidupan manusia, tidak kira makan waktu pagi, petang, siang, malam ataupun tengah malam.






Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved