HOT SITE CLICK HERE Islam For All | A great information site about Islam and Muslims
Breaking News
Loading...

Miscellaneous





Recent Post

Friday, December 27, 2013
no image

MENGELAK DARI BALA DAN KEMURKAAN ALLAH SWT





Secara tersurat apa yang berlaku di Jepun suatu bentuk musibah dan bencana alam yang tidak dapat dielakkan. Ia termasuk dalam ruang lingkup kekuasaan mutlak Allah SWT yang Maha Berkuasa melakukan apa saja. Perlu diingat walau sehebat mana sekalipun teknologi garapan pemikiran manusia ia masih dangkal untuk menentukan apa yang akan berlaku pada hari mendatang.

no image

KETENTERAMAN HATI DENGAN ZIKIRULLAH.




Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Orang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! Dengan zikrullah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra’d, ayat 28)

Hakikatnya ketenteraman hati sentiasa menjadi dambaan setiap insan. Tatkala persoalan hidup bertambah kompleks dan beban masalah seharian yang meningkat dari sehari ke sehari, ketenteraman hati menjadi semakin jauh dan sulit pula untuk digapai dan diperoleh setiap insan yang mengharapkannya.
 DI MANA KETENANGAN?

DI MANA KETENANGAN?





Kata pujangga, hidup dimulakan dengan tangisan, dicelahi oleh tangisan dan diakhiri oleh tangisan. Maksudnya hidup ini penuh dengan masalah, kesukaran dan kepahitan. Lihatlah betapa seorang bayi dilahirkan ke dunia dengan tangisan, apabila dewasa nanti hidupnya akan dicelahi oleh tangisan dan akhirnya dia akan mati lalu dihantar ke kubur dengan tangisan juga.
HARTA YANG DISEDEKAHKAN BUKAN SUATU KERUGIAN

HARTA YANG DISEDEKAHKAN BUKAN SUATU KERUGIAN





Amalan bersedekah amat digalakkan oleh Islam justeru, ia mendatangkan manfaat tidak terkira banyaknya kepada tuan punya harta yang bersedekah dan pihak yang menerima sedekah. 

Pihak yang menerima pula tidak harus berasa rendah diri kerana itu memang haknya yang layak diterima seperti ditetapkan oleh Islam. Ibarat kata pepatah; ‘Berat sama dijunjung, ringan sama dijinjing.’ 
AMALAN ZIKIR HARIAN

AMALAN ZIKIR HARIAN







Jaga mulut mu dari percakapan yang tidak berfaedah dan sia-sia. Diam mu lebih baik dari omong-omong kosong yang mengundangkan dosa. Kerana pulut santan binasa, kerana mulutlah badan binasa. Sebaik-baik manusia adalah manusia yang selalu mengingati Allah SWT. Tidak kira di mana dan apa juga yang dilakukan, hati kita sentiasa mengingati Allah. Dengan menyebut dan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. 
no image

FITNAH MEROSAKKAN PERPADUAN UMMAH.




Fitnah melibatkan manusia dan manusia yang lain. Oleh itu dosa ini dikategorikan sebagai dosa sesama manusia. Maka dosa ini tidak akan diampunkan oleh Allah SWT kecuali orang yang membuat fitnah itu sendiri meminta ampun dari orang yang difitnahnya. 

Masa kini, menyebarkan fitnah seolah perkara yang kecil dan menjadi kebiasaan terutama sekali orang Melayu yang mengaku berugama Islam. Fitnah mereka seolah mendapat restu dari orang yang tertentu. Golongan ini menganggap, merekalah yang cukup berkuasa diatas bumi Allah ini. Undang-undang ditangan mereka. Hakim dan mahkamah akan menyebelahi mereka dan merekalah juara diantara juara membuat fitnah, menabur fitnah secara terang-terangan. Nau'zubillah minzalik.
 BADAN BERSIH HATI TENANG

BADAN BERSIH HATI TENANG




Penulis ada empat orang anak. Dua orang anak perempuan dan dua orang anak lelaki. Yang seorang anak lelaki bungsu ini lain dari adik beradik yang lain kerana setiap kali hendak solat, beliau akan membersihkan diri dan menyembur wangian keseluruhan badannya serta memakai deodorant. Itulah anak lelaki penulis yang seorang ini. Sentiasa wangi dan harum apabila hendak menunaikan solat. Adakah anda akan mandi dan membersih diri dahulu serta  menyembur wangian setiap kali hendak solat?
no image

PELBAGAI KEMUNGKARAN BERLAKU DI MALAYSIA



BAYI YANG TIDAK BERDOSA DIBUANG SEPERTI SAMPAH AKIBAT PERBUATAN ZINA

Marilah bersama mempertingkatkan ketakwaan ke hadrat Allah dengan menunaikan segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya, mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang mendapat keredaan Allah di dunia mahupun akhirat yang kekal abadi.

Renungkanlah, pelbagai kemungkaran berlaku dalam masyarakat seperti perbuatan zina, berkhalwat, sumbang mahram, jenayah rogol dan sebagainya, membabitkan orang Islam, seolah-olah mereka tidak mengenal batas pahala dan dosa, halal atau haram. Kemungkaran ini akan terus menular selagi ia tidak dicegah dan dirawat.

BERDOA DAN BERSYUKUR KEPADA ALLAH SWT

BERDOA DAN BERSYUKUR KEPADA ALLAH SWT





Manusia dalam apa juga keadaan pasti akan berdoa dan bersyukur. Tidak kira berita gembira mahupun duka, seharusnya kita berserah kepada-Nya. Masyarakat dunia kebelakangan ini sering diuji. Ujian yang hadir akibat tindakan manusia dan juga takdir daripada-Nya. Bencana dan tragedi yang menimpa adalah ujian agar kita selalu ingat kepada-Nya.
GURAU SENDA BOLEH MENYEBABKAN SESEORANG ITU MENDAPAT PAHALA ATAU DOSA

GURAU SENDA BOLEH MENYEBABKAN SESEORANG ITU MENDAPAT PAHALA ATAU DOSA




Kehidupan zaman ini memaksa manusia mengejar masa serta menyelinap segenap ruang yang ada bagi memenuhi tuntutan rohani dan material menyebabkan kurangnya waktu diperuntukkan untuk bersantai menjalin hubungan silaturahim sesama sendiri.
CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK

CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK




Setiap dari kita pernah berjanji kepada seseorang. Namun ada janji yang dapat ditunaikan dan ada sesetengah janji yang tak tertunaikan oleh kita kerana kurang kemampuan pada masa yang telah dijanjikan. Tetapi belum lagi dikatakan bahawa kita orang-orang yang munafik tetapi mempunyai ciri-ciri orang yang munafik. 
 SEPULUH JENIS TANGISAN - MENURUT IBNU QAYYIM

SEPULUH JENIS TANGISAN - MENURUT IBNU QAYYIM




Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
no image

TAUBAT DARI KEMUNAFIKAN




Sebagaimana Allah SWT juga mengajak untuk bertaubat dari kekafiran yang zahir dan terang-terangan, Allah SWT juga mengajak untuk bertaubat dari kekafiran yang tersembunyi, yang ditutupi dengan keimanan lisan. Yaitu yang terkenal dengan nama "kemunafikan" dan orangnya adalah kaum "munafiqin".
SAMBUTAN HARI JADI BIDAAH YANG MUNGKAR?

SAMBUTAN HARI JADI BIDAAH YANG MUNGKAR?





Mungkin selama ini dari kecil sehingga kini tanpa kita sedari kita melakukan bid'ah yang dianggap kecil oleh kita kerana ibubapa kita pun melakukan, anak ustaz juga melakukan termasuk pemimpin-pemimpin kita. Mungkin ramai yang menolak dan tidak bersetuju. Tetapi itulah sebenarnya sambutan hari jadi yang telah kita sambut sejak dahulu lagi. Jika sambutan hari jadi ini perkara yang baik. Mungkin pada zaman sahabat, tabiin dan seterusnya. Nescaya mereka lebih awal menyambutnya. Renung-renung dan fikirkan sendiri.
Thursday, December 26, 2013
SELAWAT MUNJIYYAH

SELAWAT MUNJIYYAH




Salam Pembaca Budiman,

Jika sangat berhajat, eloklah dibaca selawat ini sebelum memulakan doa-doa yang lain. Kita digalakkan untuk selalu berselawat dan berdoa. Berdoa tidak semestinya selepas sembahyang sahaja. Terdapat banyak selawat yang boleh diamalkan dan Selawat Munjiyyah adalah salah satu darinya akan lebih mudah dimakbulkan Allah SWT.
SELAWAT FATIH

SELAWAT FATIH






اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد اَلْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِم لِمَا سَبَقَ والنَّاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيم وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ


TerjemahanNya

Ya Allah, Rahmatilah & berilah kesejahteraan serta berkatilah penghulu kami Muhammad, pembuka bagi barang apa yang ditutup dan penamat bagi apa yang telah sudah, penolong bagi yang hak, penunjuk ke arah jalan yang lurus. Allah berselawat ke atasnya, ahli keluarga & sahabat-sahabatnya sebagaimana selayak untuknya sesuai dengan darjat dan kedudukannya yang tinggi dan besar
 SELAWAT TAFRIJIYYAH

SELAWAT TAFRIJIYYAH





"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".
ZIKIR ASMAUL HUSNA UNTUK ANAK YANG DEGIL DAN KERAS HATI

ZIKIR ASMAUL HUSNA UNTUK ANAK YANG DEGIL DAN KERAS HATI



GAMBAR HIASAN SHJ
Masalah remaja tidak kira anak lelaki atau anak perempuan yang degil dan keras hati cukup susah dinasihatkan oleh ibubapa. "Tak makan saman punya anak!" Kadang-kadang ibubapa dimarah balik dan ada yang sanggup maki dan pukul ibubapa sendiri. Baru-baru ini berlaku apabila anak lelaki memukul ibunya dengan kayu. Memanglah jadi anak derhaka macam tu!. 
AMALAN ZIKIR HARIAN

AMALAN ZIKIR HARIAN







Jaga mulut mu dari percakapan yang tidak berfaedah dan sia-sia. Diam mu lebih baik dari omong-omong kosong yang mengundangkan dosa. Kerana pulut santan binasa, kerana mulutlah badan binasa. Sebaik-baik manusia adalah manusia yang selalu mengingati Allah SWT. Tidak kira di mana dan apa juga yang dilakukan, hati kita sentiasa mengingati Allah. Dengan menyebut dan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. 

FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA

FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA




Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: 
"Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..." 
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda: 
"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari. 

Tuesday, December 24, 2013






Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved