HOT SITE CLICK HERE Islam For All | A great information site about Islam and Muslims
Breaking News
Loading...

Miscellaneous





Recent Post

Sunday, January 19, 2014
CARA BERJIMAK DALAM ISLAM

CARA BERJIMAK DALAM ISLAM





Musim kawen sudah tiba kerana minggu hadapan mulalah cuti persekolah yang panjang. Pada pasangan-pasangan pegantin baru eloklah baca N3 ini sebagai panduan kelak. Nak berkahwin pun kena ada ilmu supaya perkahwinan nanti akan kekal bahagia ke akhir hayat nanti.

Bersetubuh adalah hubungan paling erat antara lelaki dan wanita. Sebuah persetubuhan hanya boleh dilakukan oleh lelaki dan wanita yang terikat dalam pernikahan. Jika tidak, maka itu adalah zina.

Dalam ikatan pernikahan pun, tindakan bersetubuh harus dilakukan sesuai dengan ajaran agama. Tentu saja anda harus mengetahui bagaimana cara bersetubuh dalam Islam dan menjalankannya.
PERBUALAN ANTARA RASULULLAH S.A.W DENGAN IBLIS

PERBUALAN ANTARA RASULULLAH S.A.W DENGAN IBLIS







Telah diceritakan bahwa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat. 

Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?" 

Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis." 


"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?"
BERAKHIRNYA UJIAN KEPADA NABI AYUB

BERAKHIRNYA UJIAN KEPADA NABI AYUB






ALLAH ingin menjadikan Nabi Ayub sebagai seorang hamba-Nya yang benar-benar teguh keimanannya, tabah, sabar, tetap bersyukur dan sentiasa memuji Allah. 

Oleh itu, Allah menguji Nabi Ayub dengan pelbagai ujian termasuklah kehilangan harta benda dan anak-anaknya. Ujian yang paling besar diterima oleh Nabi Ayub ialah ditimpa penyakit kulit yang sangat teruk.

Allah membenarkan iblis untuk menjalankan tipu muslihatnya. Tujuan Allah membenarkan iblis berbuat sedemikian adalah untuk menguji keimanan Nabi Ayub.

Namun begitu, Allah mengetahui bahawa Nabi Ayub mempunyai keimanan dan kesabaran yang tinggi walaupun diberikan pelbagai ujian dan dugaan.

Penyakit kulit yang dihadapi oleh Nabi Ayub sungguh teruk sekali hinggakan baginda tidak berdaya untuk bangun daripada pembaringannya. Semakin hari, badannya semakin kurus dan baginda tidak mampu untuk melakukan sebarang pekerjaan. Mukanya menjadi pucat dan matanya cengkung.

Walaupun Allah mengujinya dengan penyakit yang begitu teruk, tetapi Nabi Ayub tetap beriman dan memuji kebesaran Allah. Penyakit yang dihadapinya memakan masa hingga bertahun-tahun lamanya.
KISAH NABI LUTH DAN KAUMNYA YANG DI LAKNAT OLEH ALLAH SWT

KISAH NABI LUTH DAN KAUMNYA YANG DI LAKNAT OLEH ALLAH SWT






Nabi Luth adalah anak saudara dari Nabi Ibrahim. Ayahnya yang bernama Hasan bin Tareh adalah saudara sekandung dari Nabi Ibrahim. Ia beriman kepada bapa saudaranya Nabi Ibrahim mendampinginya dalam semua perjalanan dan sewaktu mereka berada di Mesir berusaha bersama dalam bidang perternakan yang berhasil dengan baik binatang ternaknya berkembang biak sehingga dalam waktu yang singkat jumlah yang sudah berlipat ganda itu tidak dapat ditampung dalam tempat yang disediakan. 

Akhirnya perkongsian Ibrahim-Luth dipecah dan binatang ternakan serta harta milik perusahaan mereka di bahagi dan berpisahlah Luth dengan Ibrahim pindah ke Yordania dan bermukim di sebuah tempat bernama Sadum.

Nabi Luth Diutuskan Oleh Allah Kepada Rakyat Sadum
KISAH NABI IBRAHIM A.S DAN RAJA NAMRUD

KISAH NABI IBRAHIM A.S DAN RAJA NAMRUD





Nabi Ibrahim berbahas dengan Raja Namrud tentang Tuhan Baqarah [258] Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan.

Dia menjawab: Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan. (lalu diambil 2 orang pemuda, seorang dibunuh dan seorang lagi dibiarkan hidup)

Nabi Ibrahim berkata lagi: Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat?

Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu) dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim. …Baqarah [258] 

KISAH NABI NUH A.S

KISAH NABI NUH A.S






Nabi Nuh a.s adalah nabi keempat sesudah Adam, Syith dan Idris dan keturunan kesembilan dari Nabi Adam. Ayahnya adalah Lamik bin Metusyalih bin Idris.

Dakwah Nabi Nuh Kepada Kaumnya 

Nabi Nuh menerima wahyu kenabian dari Allah dalam masa "fatrah" masa kekosongan di antara dua rasul di mana biasanya manusia secara beransur-ansur melupakan ajaran agama yang dibawa oleh nabi yang meninggalkan mereka dan kembali bersyirik meninggalkan amal kebajikan, melakukan kemungkaran dan kemaksiatan di bawah pimpinan Iblis. 

Demikianlah maka kaum Nabi Nuh tidak luput dari proses tersebut, sehingga ketika Nabi Nuh datang di tengah-tengah mereka, mereka sedang menyembah berhala ialah patung-patung yang dibuat oleh tangan-tangan mereka sendiri disembahnya sebagai tuhan-tuhan yang dapat membawa kebaikan dan manfaat serta menolak segala kesengsaraan dan kemalangan.berhala-berhala yang dipertuhankan dan menurut kepercayaan mereka mempunyai kekuatan dan kekuasaan ghaib ke atas manusia itu diberinya nama-nama yang silih berganti menurut kehendak dan selera kebodohan mereka.Kadang-kadang mereka namakan berhala mereka " Wadd " dan " Suwa " kadangkala " Yaguts " dan bila sudah bosan digantinya dengan nama " Yatuq " dan " Nasr ". 
RASULULLAH TERIMA AL-QURAN PELBAGAI CARA

RASULULLAH TERIMA AL-QURAN PELBAGAI CARA



 
 

Erti kata ‘Al-Quran’ menurut pendapat yang paling kuat seperti yang dikemukakan oleh Dr Subhi Al Salih adalah ‘bacaan’, asal kata qara’a. Kata Al-Quran itu berbentuk masdar dengan erti isim maf’ul iaitu maqru’ (dibaca).

Dalam Al-Quran sendiri ada pemakaian kata ‘Quran’ dalam erti sedemikian seperti yang disebut dalam ayat 17 dan 18, surah al-Qiyaamah yang bermaksud: 
“Sesungguhnya mengumpulkan al-Quran (dalam dada kamu) dan (menetapkan) bacaannya (pada lidahmu) itu adalah tanggungan Kami. (Kerana itu), jika Kami membacakannya, hendaklah kamu ikuti bacaannya.” 
Kemudian dipakai kata ‘Quran’ itu untuk Al-Quran yang dikenali sekarang ini. Ada pun definisi Al-Quran ialah ‘Kalam Allah yang juga mukjizat yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad SAW dan yang ditulis di mushaf serta diriwayatkan dengan mutawatir dan membacanya adalah ibadat.’






Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved