HOT SITE CLICK HERE Islam For All | A great information site about Islam and Muslims
Breaking News
Loading...

Miscellaneous





Recent Post

Sunday, January 12, 2014
 Beramal tanpa ilmu akan merosakkan

Beramal tanpa ilmu akan merosakkan




Beramal tanpa ilmu adalah lebih banyak merosakkan dari memperbaiki. Tanpa ilmu juga pendakwah akan menyesatkan perjalanan dalam perjuangannya. Pemimpin yang tidak mempunyai ilmu akan merosakkan bangsa dan negaranya. Memimpin tanpa ilmu dan juga agama akan mengakibatkan keruntuhan sesuatu masyarakat itu. Pemimpin yang berilmu memakmurkan rakyatnya. Mengikut pemimpin yang berilmu dan baik agamanya adalah perjuangan menjihadkan agenda Islam.

"Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah (alasan) yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik". (Surah Yusuf :108)

 Bertuankan anak

Bertuankan anak




GAMBAR HIASAN


Kisah kali ini agak berlainan sedikit tetapi kali ini kisah keluhan seorang ibu tentang nasib yang dikatakannya tidak sebaik nasib ibu-ibu yang lain.  Ada sesetengah anak atau menantu membawa ibu atau ibu mertua tinggal bersama supaya dapat menjaga anak-anak mereka  dan tidak perlu mengupah orang gaji indonesia.  Selalunya yang berlaku sekiranya ayah tiada lagi atau bercerai, sama ada anak menantu akan tinggal bersama ibu di rumah arwah atau membawa ibu tinggal bersama mereka supaya dapat menjaga makan dan minum ibu  dan jika ibu sakit senang dibawa ke hospital untuk rawatan.

Selalunya kita tak mahu ibu tinggal keseorangan jauh di kampong, Sekiranya berlaku sesuatu seperti terjatuh atau sakit ditengah malam. Tiada siapa akan menolong ibu semasa kecemasan nanti. Tak ada sesiapa ajar mengucap jika sampai ajal nanti. Ada ibu yang tidak mahu menyusahkan anak-anak. Tetapi atas desakan anak-anak maka ibu sanggup mengikut anak menantu tinggal di rumah mereka bersama cucu kesayangan.     
 Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Bagaimana acuan begitulah kuihnya




Pada masa dahulu tahun 60an zaman kanak-kanak tidaklah seperti sekarang yang kemajuan eletronik tak terfikir oleh kita seperti adanya kemudahan internet seperti sekarang.  Pada zaman yang serba maju dalam bidang eletronik telah merubah segalanya minda anak-anak kita yang mungkin jauh kehadapan dari ayah dan ibu mereka.

Mungkin ibu dan ayah ketinggalan tetapi itu bukanlah alasannya supaya kita membiarkan sahaja mereka melakukan aktiviti yang merosakkan tanpa pengawasan kita. Pembentukan akhlak dan bina diri mereka hendaklah dibentuk sendiri oleh ibubapa. Jika ada modal yang lebih, boleh dihantar anak-anak ke pusat motivasi supaya dapat dibentuk dengan baik lagi sekiranya kita tak mampu dan tidak ada kemahiran serta berkebolehan dalam mendidik anak-anak.
 Layak ke aku syurga Mu Ya Allah

Layak ke aku syurga Mu Ya Allah





YA  ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindungilah dan peliharakanlah kami, kedua   ibubapa  kami,  isteri  kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua  orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH. Sesungguhnya  kami  tidak layak untuk menduduki syurga Mu YA ALLAH, namun  tidak pula kami sanggup untuk ke neraka Mu YA ALLAH.  Ampunilah  dosa-dosa  kami,  terimalah  taubat kami dan terimalah segala  ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.
 Masih sempat membuat pilihan

Masih sempat membuat pilihan




Semua ibadah yang kita lakukan selama ini adalah sematanya bertujuan supaya kita berharap dapatlah kita bersama keluarga mendapat rahmat dariNya diterima masuk ke Syurga Allah SWT. Ini adalah destinasi yang terakhir kita. Ini adalah matlamat terakhir kita. Masih sempat lagi untuk bertaubat. Belum terlambat untuk berubah hidup ini kelandasan yang lurus dan benar. Jadi ambil kesempatan sementara masih ada waktu dan peluang untuk kita perbetulkan hala tuju dalam hidup yang singkat ini.  
 Ucapan salam kepada saudara Islam

Ucapan salam kepada saudara Islam




Ucapan salam kepada saudara Islam wajib dijawab oleh orang yang menerima salam itu. Dalam hidup Rasulullah SAW selalunya baginda yang memberi salam terlebih dahulu kepada sahabat-sahabat. Sahabat-sahabat Rasulullah SAW berkata tiada seorang pun dari mereka yang dapat memberi salam terlebih dahulu kepada baginda melainkan baginda yang dahulu memberi salam kepada mereka. 

Pada suatu hari ada seorang sahabat menunggu dijalan yang sering Rasulullah SAW gunakan untuk ke Masjid. Apabila sampai sahaja Rasulullah SAW ke arahnya beliau tidak sempat juga memberi salam kerana Rasulullah SAW terlebih dahulu memberi salam kepada sahabat tersebut kerana baginda sudah tahu ada seorang sahabat menunggu kerana hendak memberi salam. Begitulah hebatnya Rasulullah SAW kepada kita untuk mengambil ikhtibar beliau dalam memberi salam.
FADILAT BULAN REJAB

FADILAT BULAN REJAB




Pesan ustaz, banyakkan puasa, solat sunat, selawat dan zikir-zikir. 

1. Senyum itu adalah sedekah. Maka bersedekahlah kepada kaum muslimin-muslimah semua. 

2. Bertasbih dan berwirid itu akan menentukan "landscape" kediaman kita diakhirat kelak,
amalkan dengan ikhlas. 

3. Hidup ini sebenarnya mimpi. Kehidupan sebenar adalah di Akhirat. 

4. Mati syahid dalam keadaan mencari ilmu kerana ianya adalah perjuangan kaum Muslim. 

FADILAT BULAN REJAB 






Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved