Pada masa dahulu tahun 60an zaman kanak-kanak tidaklah seperti sekarang yang kemajuan eletronik tak terfikir oleh kita seperti adanya kemudahan internet seperti sekarang. Pada zaman yang serba maju dalam bidang eletronik telah merubah segalanya minda anak-anak kita yang mungkin jauh kehadapan dari ayah dan ibu mereka.
Mungkin ibu dan ayah ketinggalan tetapi itu bukanlah alasannya supaya kita membiarkan sahaja mereka melakukan aktiviti yang merosakkan tanpa pengawasan kita. Pembentukan akhlak dan bina diri mereka hendaklah dibentuk sendiri oleh ibubapa. Jika ada modal yang lebih, boleh dihantar anak-anak ke pusat motivasi supaya dapat dibentuk dengan baik lagi sekiranya kita tak mampu dan tidak ada kemahiran serta berkebolehan dalam mendidik anak-anak.
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindungilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH. Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurga Mu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke neraka Mu YA ALLAH. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.
Semua ibadah yang kita lakukan selama ini adalah sematanya bertujuan supaya kita berharap dapatlah kita bersama keluarga mendapat rahmat dariNya diterima masuk ke Syurga Allah SWT. Ini adalah destinasi yang terakhir kita. Ini adalah matlamat terakhir kita. Masih sempat lagi untuk bertaubat. Belum terlambat untuk berubah hidup ini kelandasan yang lurus dan benar. Jadi ambil kesempatan sementara masih ada waktu dan peluang untuk kita perbetulkan hala tuju dalam hidup yang singkat ini.
Ucapan salam kepada saudara Islam wajib dijawab oleh orang yang menerima salam itu. Dalam hidup Rasulullah SAW selalunya baginda yang memberi salam terlebih dahulu kepada sahabat-sahabat. Sahabat-sahabat Rasulullah SAW berkata tiada seorang pun dari mereka yang dapat memberi salam terlebih dahulu kepada baginda melainkan baginda yang dahulu memberi salam kepada mereka.
Pada suatu hari ada seorang sahabat menunggu dijalan yang sering Rasulullah SAW gunakan untuk ke Masjid. Apabila sampai sahaja Rasulullah SAW ke arahnya beliau tidak sempat juga memberi salam kerana Rasulullah SAW terlebih dahulu memberi salam kepada sahabat tersebut kerana baginda sudah tahu ada seorang sahabat menunggu kerana hendak memberi salam. Begitulah hebatnya Rasulullah SAW kepada kita untuk mengambil ikhtibar beliau dalam memberi salam.
Pesan ustaz, banyakkan puasa, solat sunat, selawat dan zikir-zikir.
1. Senyum itu adalah sedekah. Maka bersedekahlah kepada kaum muslimin-muslimah semua.
2. Bertasbih dan berwirid itu akan menentukan "landscape" kediaman kita diakhirat kelak,
amalkan dengan ikhlas.
3. Hidup ini sebenarnya mimpi. Kehidupan sebenar adalah di Akhirat.
4. Mati syahid dalam keadaan mencari ilmu kerana ianya adalah perjuangan kaum Muslim.
FADILAT BULAN REJAB
Baru-baru ini sebanyak 40 orang 'ulama' muda telah menjadi ahli UMNO. Banyak kata-kata yang kurang sedap diterjahkan kepada mereka. Anda pembaca boleh menilai sendiri jika anda pergi 'blogwalking' ke beberapa buah blog sensasi. Dari apa yang penulis tahu, tujuan mereka adalah ingin berdakwah. Jika itu nawaitu mereka, alhamdulilah, penulis ucapkan! Dan, bersyukur sangat sekiranya mereka dapat menasihatkan pak-pak menteri yang ada sekarang supaya apabila 'orang-orang besar' ini membuat tindakan atau keputusan, tindakan dan keputusan kerajaan itu tidak bercanggah dan melawan/ingkar hukum Allah!
Kita sepatutnya bersyukur kepada Allah SWT kerana dilahirkan oleh ibubapa Melayu yang beragama Islam. Lahir saja kita ke dunia ini sebagai anak orang Islam, telah diasuh dan dididik dengan ajaran-ajaran Islam. Bagaimana pula mereka yang dilahirkan dari ibubapa yang bukan Islam? Dari kecil lagi telah disesatkan dan disemaikan dengan ajaran-ajaran yang menyesatkan oleh ibubapa mereka. Mereka yang mendapat hidayah-Nya sahaja yang terselamat dari api neraka dan azab Allah setelah memeluk Agama Islam.
Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر