Baru-baru ini sebanyak 40 orang 'ulama' muda telah menjadi ahli UMNO. Banyak kata-kata yang kurang sedap diterjahkan kepada mereka. Anda pembaca boleh menilai sendiri jika anda pergi 'blogwalking' ke beberapa buah blog sensasi. Dari apa yang penulis tahu, tujuan mereka adalah ingin berdakwah. Jika itu nawaitu mereka, alhamdulilah, penulis ucapkan! Dan, bersyukur sangat sekiranya mereka dapat menasihatkan pak-pak menteri yang ada sekarang supaya apabila 'orang-orang besar' ini membuat tindakan atau keputusan, tindakan dan keputusan kerajaan itu tidak bercanggah dan melawan/ingkar hukum Allah!
Kita sepatutnya bersyukur kepada Allah SWT kerana dilahirkan oleh ibubapa Melayu yang beragama Islam. Lahir saja kita ke dunia ini sebagai anak orang Islam, telah diasuh dan dididik dengan ajaran-ajaran Islam. Bagaimana pula mereka yang dilahirkan dari ibubapa yang bukan Islam? Dari kecil lagi telah disesatkan dan disemaikan dengan ajaran-ajaran yang menyesatkan oleh ibubapa mereka. Mereka yang mendapat hidayah-Nya sahaja yang terselamat dari api neraka dan azab Allah setelah memeluk Agama Islam.
Bagi yang ada harta banyak selalu akan mewarisi hartanya kepada anak-anak apabila mereka besar nanti. Si anak yang akan mewarisi harta akan berbuat demikian kepada anak-anaknya pula. Begitulah seterusnya sampai beberapa keturunan nanti. Kadang-kadang harta yang banyak dari datuk mereka hanya bertahan setakat tiga keturunan sahaja. Sampai kepada cucu , habis semua harta tergadai. Cucu pula yang tukang perabis. Joli katak dan membelanjakan harta sampai habis sehingga tiada lagi harta yang boleh diwarisi kepada cicit dan piut.
Tidur adalah ibarat mati. Ada yang mati semasa dalam tidur. Seandainya kita meninggal dunia semasa tidur, maka ia ibarat mati dalam keadaan suci bersih. Sebelum anda tidur bacalah doa tidur. Mana tahu mungkin besok belum tentu lagi anda akan bangun. Bangun pagi anda seperti dilahirkan semula. Selalunya orang yang mati dalam tidur mempunyai masalah kes jantung yang lemah, lelah dan darah tinggi yang kronik. Yang paling leceh sekali ialah kentut semasa tidur!. Membuat pasangan anda atau orang yang berada disekeliling anda hilang selera untuk tidur. Elak makan telur rebus yang banyak waktu siang.
Reman pemandu van rogol murid dilanjut 6 hari lagi
30/07/2010 7:17pm
KUALA LUMPUR 30 Julai — Polis hari ini mendapat kebenaran mahkamah untuk melanjutkan enam hari lagi tempoh tahanan reman ke atas pemandu van sekolah yang didakwa merogol seorang murid perempuan berumur 10 tahun berdekatan sebuah tadika di Jalan Othman, Petaling Jaya, Isnin lepas.
Niat untuk menyampaikan maklumat kepada pembaca kadang-kadang menjadikan kita sebagai tukang pembawa fitnah. Tanpa berfikir panjang, kita terus “copy dan paste” dari sumber yang kita sendiri tidak tahu kebenaran ceritanya. Penulis selalu berhati-hati dalam perkara ini. Takut pahala yang dicari, dosa pula yang dapat. Kepada blogger yang suka “copy dan paste” dari blog politik tidak kira dari blog pembangkang atau blog yang menyokong kerajaan atau blog sensasi mengenai artis ini dan artis itu yang mempunyai skandal. Berhati-hati kerana apa yang anda posting kat blog anda, akan dibaca oleh beribu-ribu orang. Anda akan menerima saham sama seperti mana saham tukang yang membuat fitnah. Bayangkan berapa banyak saham yang akan anda perolehi nanti iaitu saham neraka! Buatlah "blogwalking", anda akan berjumpa banyak blog yang menjadi tukang pembawa fitnah.
Sempena di bulan yang mulia, marilah kita menambahkan amal jariah kita dengan bersedekah. Sedekah merupakan salah satu nilai-nilai murni. Amalan sedekah boleh menambah eratnya hubungan tali silatulrrahim sesama insan. Sebab itulah Allah swt di dalam al-Quran amat menekankan betapa perlu dan peri mustahaknya orang-orang kaya dan berkemampuan selalu menghulurkan bantuan kepada orang-orang yang miskin dan hidup di dalam kekurangan. Dalam hubungan ini Allah swt amat memandang berat apabila urusan ini cuba diabai atau diberhentikan setelah sebelumnya ianya berjalan dengan baik.
Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر