Sesetengah dari kita setiap kali ditimpa musibah, bomoh atau dukun menjadi tempat rujukan. Perbagai andaian dari mereka yang kononnya sangat hebat dengan ilmu kebatinan boleh merosakkan diri kita. Selalunya bomoh atau dukun yang sesat ini akan meracuni fikiran kita dengan menyalahkan pihak lain kerana menyebabkan diri kita ditimpa musibah.
Kita seolah-olah lupa bahawa yang berkuasa menentukan hidup dan mati seseorang itu hanyalah Allah SWT. Baik dan buruk adalah ujianNya. Kita sebagai hambaNya disuruh berusaha dan tawakal apa yang Allah SWT tentukan dan tertulis di KalamNya.
Tinggal beberapa hari lagi, bulan Syawal akan meninggalkan kita. Jika ada diantara kita yang masih belum bermaafan, lakukanlah. Walaupun pun bulan lain kita masih boleh melakukan tetapi bulan Syawal adalah satu bulan yang penuh dengan kemaafan. Jangan lepaskan peluang yang ada. Usah dipendamkan perasaan marah yang dahulu. Lepaskan rasa tidak puas hati yang selama ini terbuku dihati sanubari kepada pasangan anda. Kata perpatah melayu "Buang yang keruh ambil yang jernih". Jika nak dikutip kesalahan orang lain terhadap kita, banyak yang kita ingat. Tapi jika nak diingatkan kebaikan orang lain kepada kita, jarang sekali. "Perkara yang baik selalu orang lupa tapi perkara yang jahat, orang ingat sampai mati".
Diantara sifat-sifat mazmummah yang merupakan sumber segala dosa ialah angkuh, tamak dan hasad dengki. Jika seorang ketua masyarakat memiliki sifat-sifat ini, maka pecahlah masyarakat tersebut.
Sifat-sifat mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati seseorang ialah:
Sambutlah seruan Allah SWT sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhir. Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti, lalu menjadi segumpal darah, menjadi seketul daging dan kemudian daging itu membaluti tulang.
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti kehidupan. Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu, jika benihmu jatuh ke tanah ayam tak patok itik tak sudu. Tetapi Allah telah mengangkatmu ke suatu mercu yang lebih agung dari malaikat.
Daripada Ubai bin Kaab, katanya:
“Adalah Rasulullah SAW apabila sampai satu pertiga malam, baginda pun bangun lalu bersabda, “Wahai sekalian manusia ingatlah kamu semua kepada Allah, telah datang goncangan yang pertama (gegaran/tiupan pertama) diikuti peristiwa dahsyat, (gelombang/tiupan kedua) telah datang maut dengan bermacam-macam kesengsaraan, telah datang mati dengan bermacam-macam bentuk kesusahan (ketika datangnya sakaratul maut). Aku berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya aku akan memperbanyakkan selawat ke atasmu, maka sebanyak manakah yang aku perlu berselawat ke atasmu?
Inilah koleksi 100 Hadis Dha'if dan Palsu yang telah dihimpunkan oleh Syeikh Ihsan bin Muhamad bin 'Ayis al-Utaibi. Telah selesai usaha penterjemahan ke Bahasa Melayu pada 9/3/2003. Penterjemahan koleksi 100 hadis dha'if dan palsu ini telah dilaksanakan secara bertahap-tahap di diskusi al-ahkam.net. Perbincangan mengenainya boleh dibaca di sini:
Suatu hari, selepas menyampaikan kuliah di surau dan hendak mencari selipar untuk pulang, saya dapati selipar saya sudah dipusingkan ke arah luar. Siap untuk disarung! Mungkin insan yang memusingkan selipar tersebut telah mempraktikkan hadis yang dikongsikan sebentar tadi – sedekah.
Dalam sebuah hadis dari Abu Zarr yang diriwayatkan oleh Muslim, sebahagian sahabat muhajirin yang miskin mengadu kepada Rasulullah SAW tentang kecemburuan mereka terhadap sahabat-sahabat yang kaya raya, kerana mempunyai kelebihan untuk bersedekah dengan harta mereka.
Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر