HOT SITE CLICK HERE Islam For All | A great information site about Islam and Muslims
Breaking News
Loading...

Miscellaneous





Recent Post

Wednesday, January 8, 2014
no image

Salah Siapa Jika Mereka Murtad? Ulama'... Kerajaan.... Atau Kita...





Salah kita sebagai seorang islam kerana tidak melapangkan masa untuk berjumpa dengan orang yang jauh dari Allah SWT, sebaliknya kita sibuk dengan menulis blog, baca blog, dan buat macam macam hal lagi sehingga orang yang jauh dari Allah SWT semakin jauh dan jauh? akhirnya mereka murtad? 

Dan aku mengaku, aku tak pernah pujuk orang yang murtad masuk islam balik, mungkin sebab bukan orang yang aku kenal, tapi adakah ini cukup untuk aku bagi alasan pada Allah SWT di hari pengadilan kelak, atau sebab mereka bukan dari kalangan keluarga aku atau sahabat aku, maka aku dah cuci tangan? lalu menyalahkan kerajaan atau undang undang yang benarkan mereka murtad. Sudah selamatkah aku dari Azab Allah? 

Adakah aku menangis mengenangkan nasib mereka yang murtad ? 
Adakah aku ada buat solat hajat supaya mereka kembali kepada Islam ? 
Adakah aku ambil tahu akan apakah sebab musababnya mereka murtad? 
Adakah mereka murtad kerana masalah jodoh? Akidah? Inginkan kebebasan, Atau tekanan perasaan ? 
Apabila seseorang itu tak nak buat sesuatu perkara, pasti ada alasannya? 
 Kasih sayang ALLAH SWT kepada hambaNya.

Kasih sayang ALLAH SWT kepada hambaNya.





Rasulullah SAW pernah bersabda:  
"Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan" 
'Apakah yang harus aku catit?' 
no image

Haji yang mabrur (1)




Jika cukup kemampuan dan semua hutang habis dibayar bolehlah menunai rukun Islam yang ke 5. Disebabkan LUTH memberi giliran mengikut tahun kepada jemaah haji untuk ke Tanah Suci, terpaksalah tunggu giliran tersebut. Jika mahu ke Tanah Suci pada tahun hadapan tanpa menunggu giliran. Bolehlah guna pakej haji iaitu RM19,000 seorang. Ada ke duit sebanyak itu? Tapi jangan terkilan jika tidak terpilih sebagai Tetamu Allah tahun ini.
no image

Haji yang mabrur (2)




Sambungan dari catatan: Haji yang Mabrur (1)

“Janganlah ke sana untuk mencari karamah (peristiwa-peristiwa aneh) tetapi cukup sekadar bertemu ISTIQAMAH. “

Saya lihat sendiri  betapa ada  Haji dan Hajah yang bercerita tentang  “kehebatan” dan “keberuntungan” diri kerana terpilih tetapi bila disuluh dengan ilmu mereka sebenarnya masih tersisih. Mujur, jika kita belum pergi, maka itu peluang untuk lebih serius mempersiapkan diri. Jangan sampai dipilih untuk disisih!
no image

Menikmati kelazatan ibadat dengan sabar





Artikel ini penulis pinjam dari seorang yang tinggi ilmunya untuk sama-sama kita berkongsi.  Mencari ilmu tidak kira dimana dengan rendah hati supaya Allah SWT memberi kita hidayah. Tajuk ini yang utama dalam mengerjakan ibadat kepada Allah SWT kerana jika ibadat itu kita anggap ia satu paksaan. Maka ia tidak mendapat kerahmatanNya. Melakukan ibadat yang penuh keikhlasan dan penuh ketaqwaan itu yang dicari selama ini. 

Jika kita melakukan ibadat penuh nikmat dan sabar. Ini yang paling Allah SWT paling sukai. Setiap rukun penuh dengan kelazatan dan kenikmatan. Sanggup berdiri lama untuk membaca surah-surah kerana satu kepuasan walaupun tidak terdaya hendak berdiri.
no image

WANITA PERTAMA MASUK SYURGA.






Kepada kaum wanita yang bersuami, Andalah wanita pertama kepada suami anda. Janganlah jadi wanita pertama yang akan membawa suami anda ke neraka. "Selangkah  kamu keluar rumah tanpa menutup aurat, selangkah suami kamu hampir ke neraka". Kesetiaan dan ketaatan kamu kepada suami akan membawa kebahagian dunia dan akhirat. Jadilah isteri yang solehah. Begitu juga kepada anak perempuan yang tidak menutup aurat. "Selangkah kamu keluar dari rumah tanpa menutup aurat, selangkah bapa kamu hampir ke neraka". Jadilah anak yang soleh.
no image

Ibadah yang sia-sia




Jangan kita lupa empat perkara ini dalam mengerjakan ibadah. Setiap ibadah yang kita lakukan biarlah bernilai dihadapan Allah SWT dari melakukan ibadah yang sia-sia. Jangan kita  menjalankan ibadah sebagai rutin atau sekadar menggugurkan kewajiban. Hal seperti ini tentunya membuat ibadah yang dilakukan tidak bernilai atau sia-sia.

Agar ibadah yang dilakukan tidak sia-sia atau bernilai di hadapan Allah SWT, ada empat perkara yang harus diperhatikan. 






Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved