Dua tahun yang lepas, penulis ada membeli seutas gelang magnetik yang berharga RM200.00 dari seorang kawan. Suatu hari apabila ke masjid untuk menunaikan solat. Ustaz iaitu guru pengajian agama yang penulis hormati telah menegur penulis supaya jangan pakai lagi gelang tersebut. "Katanya haram, perbuatan memakai gelang menyerupai wanita". Tanpa banyak soalan, terus penulis simpan sejak hari itu. Jadi sesiapa yang sedang memakai gelang magnetik atau berhajat membeli gelang tersebut, lupakan hasrat ini.
Benda yang haram jangan dihalalkan disebabkan keuntungan wang ringgit. Jangan buang duit anda dengan membeli gelang ini yang tak ada faedah langsung. Bagi anak-anak yatim yang memerlukan adalah lebih baik. Sesiapa yang terlibat bisnes gelang magnetik ini, bila baca posting ini faham apa itu hukumnya.
Firman Allah SWT bermaksud:
"Sesungguhnya Safa dan Marwah itu sebahagian daripada syiar (lambang) agama Allah, maka sesiapa menunaikan ibadat haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) antara kedua-duanya. Dan sesiapa suka rela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Baqarah, ayat 158)
Ibrahim al-Sari berkata, Safa bermaksud batu keras dan kental. Oleh itu, sebatang pohon tidak tumbuh di atasnya manakala Marwah pula ialah batu lembut. Kedua-dua tempat itu dijadikan syiar Allah SWT untuk dilaksanakan salah satu daripada rukun haji iaitu bersaie.
Alhamdulillah, kita bersyukur di atas nikmat dan kebahagiaan yang tidak terhingga kepada Allah swt bahawa dalam masa lebih kurang beberapa hari lagi kita akan merayakan hari raya Aidil Adha, hari raya terbesar bagi umat Islam yang bersifat antarabangsa setelah dua bulan sebelumnya kita merayakan hari raya Aidil Fitri.
Pada hari tersebut, sekitar dua hingga tiga juta umat Islam dari berbagai suku, bangsa dan keturunan serta dari berbagai tingkatan sosial dan penjuru dunia berkumpul dan bercampur baur di kota suci Makkah Al-Mukarramah untuk memenuhi panggilan Allah swt untuk menunaikan ibadah haji.
Esok kita akan menyambut hari kegembiraan dan pengorbanan mengingati Allah, iaitu Aidiladha. Pengajaran terpenting Aidiladha ialah memperingatkan diri kita mengenai pengorbanan, seorang ayah dan anaknya dalam melaksanakan perintah Allah.
Peristiwa Nabi Ibrahim diuji dengan perintah supaya menyembelih anak kesayangannya, Nabi Ismail, disebut dalam surah As-Saffat, ayat 102 hingga 109: "Maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama, dengannya, Nabi Ibrahim berkata:
Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya.
Sebaliknya, hati boleh menjadi sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti dilakukan manusia sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.
Abu Hurairah berkata:
Dalam tubuh manusia terdapat 360 sendi yang setiap satu daripadanya wajib mengeluarkan sedekah.
Lantas para sahabat bertanya,
"Ya Rasulullah, siapa yang mampu melakukan hal itu?"
Nabi SAW menjawab:
Antara yang tak dapat kawal nafsu?
Setiap hari, kita akan disajikan dengan bermacam-macam berita tentang pergaduhan, pembunuhan yang berpunca daripada nafsu amarah. Baru-baru ini satu keluarga diserang dengan pedang samurai. Habis ditetak semua yang berada dalam rumah itu termasuk kanak-kanak dan banyak kes-kes jenayah lain yang kadang-kadang tak terfikir oleh kita. Apa sebenarnya yang berlaku kepada masyarakat kita?
Jawapannya. Perasaan dendam, benci dan amarah boleh menimbulkan pergolakan serta kekacauan dalam masyarakat kerana sikap mazmumah ini jika dibiarkan berakar umbi dalam jiwa akan menanamkan bibit perselisihan.
Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر