Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
Jika ke Timesquare dan pusat membeli belah di Bukit Bintang, penulis suka window shopping tengok jenama jam-jam yang mahal seperti Rolex, Dunhill dan lain-lain yang mencecah beribu-beribu ringgit yang tak mampu nak miliki. Jika ada duit pun tak sanggup beli kerana bukan cita-cita penulis tetapi sekadar ingin tahu sahaja.
Selalunya eksekutif atau taukeh dan VIP yang suka pakai jam yang Gold Plated kerana melambang kekayaan dan "standard" seseorang semasa berurusniaga atau mesyuarat untuk mendapatkan projek. Jika mereka pakai yang palsu punya pun kita ingat yang betul.
Adakah ada manusia yang sempurna? Tiada manusia yang sempurna. Kesempurnaan hanya milik Allah SWT. Maka bagi kaum yang beriman diwajibkan saling nasihat menasihati dalam kebaikan supaya menta'ati kebenaran. Jika ada hambaNya yang ingat dirinya hanya lebih baik dari orang lain dan sempurna dalam segala hal berkenaan ibadat dan baik soal kehidupan. Orang lain dipandang rendah, dia adalah manusia yang paling dicelakai oleh Allah SWT. Rugi ibadatnya siang dan malam. Egonya yang tinggi kerana dia yang lebih baik dari orang lain.
Sudah dua minggu kita melangkah masuk tahun baru 1432 hijrah. Adakah anda sudah muhasabah diri anda? Adakah sudah diperiksa diri anda berkenaan ibadah anda yang masih kurang dan belum sempurna lagi? jika sempurna, adakah akhlak kita juga sudah berubah dari buruk menjadi lebih baik? Adakah kebaikan yang belum kita laksanakan seperti menolong insan yang memerlukan bantuan kita dari segi tenaga dan kewangan? Jika kebaikan masih kurang tingkatkan lagi kebaikan menolong insan lain. Lihat pada hadith berikut yang bermaksud:
Ditanya orang kepada Rasulullah S.A.W,
"SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN".
Sejak kebelakangan ini ramai kawan dan kenalan rapat yang meninggal dunia termasuk bapa mertuaku yang kembali kerahmatullah baru-baru ini. Insya-Allah, mereka yang pergi itu yang baik-baik akhlaknya. Sewaktu menziarahi jenazah seorang kawan yang meninggal bulan lepas di Teluk Intan, lalu secara tiba-tiba timbul pertanyaan di hatiku, kenapa orang baik mati cepat? Walaupun aneh kedengarannya, tetapi soalan itu menerjah juga tanpa dapat ditahan-tahan.
Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga".(Sahih Muslim).
Manusia menerima pemberian Allah SWT dalam pelbagai bentuk. Anugerah ini sama ada kecil atau besar, sedar atau tidak, adalah nikmat yang harus disyukuri dengan hati ikhlas dan rasa keinsafan.
Hakikat ini harus diyakini dengan sebenar-benarnya oleh setiap Muslim seperti dijelaskan Allah SWT bermaksud:
“Tidakkah kamu memerhatikan bahawa Allah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan melimpahkan kepada kamu nikmat-Nya yang zahir dan yang batin?”[QS Luqman: 20]
Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر