Tidak dapat dinafikan tidur adalah satu amalan yang perlu dan pasti bagi setiap insan yang menghuni alam yang fana ini. Manusia bukannya enjin. Ia tidak dapat bekerja tanpa rehat. Enjin boleh digerakkan tanpa rehat selagi perkara yang diperlukan olehnya seperti minyak dan sebagainya dapat kita penuhi.
Manusia walau pun mendapat cukup makan dan minum akan merasa penat sekiranya bekerja terus menerus tanpa rehat. Tanpa rehat, tenaga manusia akan terus berkurangan. Cara berehat sebaik-baiknya bagi manusia bukanlah dengan berhenti bekerja, tetapi dengan tidur.
Sesiapa sahaja boleh mengaku dia di dalam kebenaran, namun untuk mendapatkan kebenaran hakiki perlulah ada panduan dan pimpinan daripada ALLAH SWT. Lebih lebih lagi di akhir zaman ini lagilah sulit, dengan terdapat pelbagai fahaman dan isme yang masing-masing menyatakan dia benar dan patut diikuti.
Tidak semua orang yang mencari kebenaran memperoleh kebenaran. Sedikit sahaja orang yang bertemu dengan kebenaran. Lantaran itulah ALLAh SWT mengingatkan kita "Sedikit sekali hamba-hamba Aku yang bersyukur." - (as-Saba':13)
Ertinya:
Lagi lima hari sahaja lagi akan menjelang tahun 2011. Terasa cepatnya masa berlalu maka bertambahlah umurku. Mungkin masa yang lalu tidak akan berulang lagi dan terus menjadi kita semakin hampir ke alam barzakh. Tanpa disedari masa meningalkan kita. Terasa waktu berputar lebih cepat kehadapan. Terasa masa cepat berlalu. Mungkin hidup ini singkat. Jadikan hidup ini untuk mengasihiNya supaya mendapat rahmatNya. Hiduplah dalam IMAN walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada ALLAH SWT walau DIA tak kelihatan. Bukti kasihNYA, kita wujud didunia pinjaman ini.
Ertinya:
Menjelang tahun 2011 yang akan datang beberapa hari lagi hendaklah kita bermuhasabah atau membuat perkiraan, perhitungan dan pertimbangan terhadap amalan dilakukan dalam urusan ibadat atau muamalat sesama manusia sangat digalakkan bagi merenung kembali dan memperbaiki semua amalan dilakukan kepada Allah SWT.
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda:
"Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat).
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda;
"Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia. (H.R.Muslim)
Ertinya:
Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda:
"Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata : "Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yang di halalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan”. (Kemudian Nabi saw. melanjutkan sabdanya, "Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah saw. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah swt." H.R. Abu Daud
Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر