1. TUJUAN
1.1 Garis Panduan ini disediakan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat Islam dalam menyertai majlis perayaan orang bukan Islam supaya tidak berlaku perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam.
1.2 Garis Panduan ini juga menjadi asas rujukan kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dalam menganjur majlis perayaan orang bukan Islam bersama dengan orang Islam supaya tidak berlaku perbuatan syubhat atau acara yang bercanggah dengan prinsip dan nilai-nilai Islam.
Menilai kehidupan dunia ini, Rasulullah SAW menyifatkan ia sebagai ladang hijau penuh dengan keindahan. Pada masa sama, Baginda mengingatkan mengenai bahaya fitnah serta ujian terbentang di padang menghijau itu.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya dunia ini umpama taman hijau yang indah. Penuh dengan nikmat dan keindahan dan Allah menciptakannya untuk kamu. Oleh itu pastikan segala nikmat ini digunakan dengan sebaik-baiknya.” (Hadis riwayat Muslim dan Nasai’)
Ketahuilah kejayaan seorang Muslim dan kebahagiaan di dunia serta akhirat bergantung sejauh mana ketaatan dan muhasabah diri terhadap perkara yang diredai Allah.
Firman Allah SWT bermaksud:
“Wahai orang beriman, bertakwalah kepada Allah dan perhatikanlah apa yang akan dilakukan untuk hari esok serta bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat mengetahui dengan apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Hashr: Ayat 18).
Keperibadian mulia membentuk masyarakat yang cemerlang tamadunnya kerana ia tidak dimusnahkan oleh ghibah (mengumpat) dan namimah (mengadu domba).
Rahsia kejayaan Rasulullah SAW sehingga mampu membentuk barisan sahabat yang kukuh serta mantap daripada segi sahsiah dan keperibadiannya adalah dengan menonjolkan akhlak mulia sejajar keperibadian Muslim sebenar seperti dipaparkan dalam al-Quran.
Ketika mula-mula saya mendaftar dan menyertai laman rangkaian sosial Facebook, saya tertarik dengan satu fungsi dalam aplikasi ‘Photos‘ yang dikenali sebagai ‘Tagging‘. Mungkin dalam Bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai ‘penandaan’.
Fungsinya, pengguna Facebook yang muat naik gambar ke dalam album fotonya boleh melakukan ‘tagging‘ iaitu menanda pengguna-pengguna lain yang ada dalam gambar tersebut. Aturannya ringkas, semudah ABC, dan hasilnya gambar-gambar yang ditanda itu secara automatik akan masuk dalam senarai ‘Photos of‘ bagi pengguna lain yang ditanda.
Keharmonian hidup berjiran adalah sesuatu yang sangat dititikberatkan dalam syariat Islam. Walaupun sempadan rumah dipisahkan dengan pagar besi mahupun tembok konkrit, namun perkongsian nilai hidup harmoni tetap kukuh dengan adanya sifat mengambil berat dan menghormati.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Hidup berkat akan sentiasa mencukupkan dan kecukupan itu membolehkan kita memperoleh keberkatan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, kita perlu sentiasa berusaha untuk meraih keberkatan hidup di sisi Allah SWT dan berdoa supaya kehidupan kita sentiasa diberkati oleh-Nya.
Berkat, berkah atau barakah adalah ayat yang sering meniti di bibir kerana barakah berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud tumbuh, berkembang dan kemudian bercabang antara satu sama lain saling berdekatan.
Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر