Selalunya apabila kita mengunjungi rakan atau saudara yang baru balik buat haji dari Mekah. Air zam-zam yang akan dihidangkan bersama buah-buahan seperti kurma, kismis, kacang cerdik dan lain-lain serta pemberian tasbih sebagai hadiah. Yang penting kita dapat merasakan keenakan air zam-zam dari Mekah. Namun, sebenarnya air yang satu ini punya khasiat yang tidak kita temui dalam air lainnya.
Selalu kita tertanya-tanya sama ada hidup ini untuk makan atau makan untuk hidup? Jawapannya bagi seorang yang beriman adalah makan untuk hidup. Jangan jadi haiwan seperti lembu atau ayam dalam kehidupan ini kerana haiwan hidup untuk makan dan sampai masanya disembelih untuk dimakan oleh kita. Teruskan membaca.
CARI makan - demikian rutin kehidupan manusia, tidak kira makan waktu pagi, petang, siang, malam ataupun tengah malam.
Jika anda hidup di kelilingi hutang, Nabi Muhammad saw mengajar kita untuk membaca doa yang dibawah ini. kata seorang sahabat Nabi, Abu Umamah radhiyallahu ’anhu:
Gelagat orang ramai yang mengaut dan memunggah beras yang tumpah daripada sebuah treler yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tanjung Malim semalam.
Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah yang boleh dikatakan kepada pemilik lori beras yang mengalami kemalangan di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tanjung Malim semalam Menurut laporan akhbar-akhbar tempatan, orang ramai dikatakan berpusu-pusu mengaut dan memunggah beras yang bertaburan diatas jalanraya dan ada yang mengisi dibelakang bonet kereta. Mungkin setahun tak payah beli beras macam tu!
Menjelang PRK di dua kawasan DUN, pelbagai fitnah boleh kita baca di blog-blog politik tentang calun dari parti politik yang akan bertanding. Perkara begini sudah menjadi mainan politik mereka sejak dahulu lagi bertujuan untuk mencapai kemenangan tanpa memikir betapa beratnya dosa fitnah ini. Kesan buruk dari fitnah boleh memecahbelahkan perpaduan umat Islam yang begitu ghairah dengan kemenangan yang sementara yang tidak memberi apa-apa kebaikan kepada rakyat. Jangan kita bersekongkol dengan orang yang suka membuat fitnah kerana kita akan diseret bersama dengan mereka ke neraka nanti. (Istighfirullah 100x).
Rasullullah SAW adalah manusia yang paling sabar dan paling banyak memberi kemaafan, padahal baginda SAW berupaya untuk membalasnya. Sekurang-kurangnya kita dapat mencontohi sifat-sifat penyabar dan pemaaf yang ada pada baginda SAW. Janganlah asyik nak melenting jika orang lain melakukan kesilapan.
Banyak-banyaklah bersabar dan bertenang kerana sifat marah adalah disukai oleh syaitan yang senantiasa membisikkan kepada orang yang sedang marah. Sebab itu sedikit perselisihan faham dari orang yang tidak sabar akan membawa kemusnahan pada pihak lain. Banyak kes kematian yang membawa pesalah ke penjara dan tali gantung kerana hilang sifat-sifat tersebut.
Rasulullah saw bersabda bermaksud:
“Apabila Allah menurunkan azab keatas dunia untuk satu-satu kaum, maka azab itu akan menimpa ke atas mereka yang berada sama dalam masyarakat kaum itu, kemudian apabila mereka dibangkitkan di akhirat nanti maka kedudukan mereka adalah mengikut taraf keimanan serta amal kebajikan yang mereka lakukan di dunia ini”. (Hadis Riwayat: Al Bukhari).
Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر