Secara tersurat apa yang berlaku di Jepun suatu bentuk musibah dan bencana alam yang tidak dapat dielakkan. Ia termasuk dalam ruang lingkup kekuasaan mutlak Allah SWT yang Maha Berkuasa melakukan apa saja. Perlu diingat walau sehebat mana sekalipun teknologi garapan pemikiran manusia ia masih dangkal untuk menentukan apa yang akan berlaku pada hari mendatang.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Orang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! Dengan zikrullah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra’d, ayat 28)
Hakikatnya ketenteraman hati sentiasa menjadi dambaan setiap insan. Tatkala persoalan hidup bertambah kompleks dan beban masalah seharian yang meningkat dari sehari ke sehari, ketenteraman hati menjadi semakin jauh dan sulit pula untuk digapai dan diperoleh setiap insan yang mengharapkannya.
Kata pujangga, hidup dimulakan dengan tangisan, dicelahi oleh tangisan dan diakhiri oleh tangisan. Maksudnya hidup ini penuh dengan masalah, kesukaran dan kepahitan. Lihatlah betapa seorang bayi dilahirkan ke dunia dengan tangisan, apabila dewasa nanti hidupnya akan dicelahi oleh tangisan dan akhirnya dia akan mati lalu dihantar ke kubur dengan tangisan juga.
Amalan bersedekah amat digalakkan oleh Islam justeru, ia mendatangkan manfaat tidak terkira banyaknya kepada tuan punya harta yang bersedekah dan pihak yang menerima sedekah.
Pihak yang menerima pula tidak harus berasa rendah diri kerana itu memang haknya yang layak diterima seperti ditetapkan oleh Islam. Ibarat kata pepatah; ‘Berat sama dijunjung, ringan sama dijinjing.’
Jaga mulut mu dari percakapan yang tidak berfaedah dan sia-sia. Diam mu lebih baik dari omong-omong kosong yang mengundangkan dosa. Kerana pulut santan binasa, kerana mulutlah badan binasa. Sebaik-baik manusia adalah manusia yang selalu mengingati Allah SWT. Tidak kira di mana dan apa juga yang dilakukan, hati kita sentiasa mengingati Allah. Dengan menyebut dan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.
Fitnah melibatkan manusia dan manusia yang lain. Oleh itu dosa ini dikategorikan sebagai dosa sesama manusia. Maka dosa ini tidak akan diampunkan oleh Allah SWT kecuali orang yang membuat fitnah itu sendiri meminta ampun dari orang yang difitnahnya.
Masa kini, menyebarkan fitnah seolah perkara yang kecil dan menjadi kebiasaan terutama sekali orang Melayu yang mengaku berugama Islam. Fitnah mereka seolah mendapat restu dari orang yang tertentu. Golongan ini menganggap, merekalah yang cukup berkuasa diatas bumi Allah ini. Undang-undang ditangan mereka. Hakim dan mahkamah akan menyebelahi mereka dan merekalah juara diantara juara membuat fitnah, menabur fitnah secara terang-terangan. Nau'zubillah minzalik.
Assalamualaikum
Di pagi jumaat ni, biarlah kita bertazkirah pula. mudah mudahan hati menjadi lembut dan hidup menjadi lebih bermakna.
Anda ada hutang tak? siapa yang tidak, kan?
Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر