Malam pertama adalah malam yang selalu dinantikan oleh setiap pasangan pengantin yang baru berkahwin. Disebelah siang, pengantin lelaki atau perempuan akan menghiaskan diri dengan sebaik-baiknya luar dan dalam, supaya bila bersama-sama nanti akan mendapat kepuasan dan kenikmatan syurga dunia yang tak dapat dibayangkan.
Malam penyatuan dua jiwa. Sebelum itu ada yang minum jamu dan ubat traditional serta memakai wangian yang boleh menaikkan nafsu bila bersama nanti. Bagiku wangian “drakkar” yang paling disukai oleh isteri. Sebab baunya cukup selesa dan tahan lama.
Laluan ke Alam Barzakh,sunyi dan menakutkan.
Kadang-kadang tertanya dihati kecil ku, bersedia ke jika aku dipanggil kesana sedangkan amal ibadat ku belum lagi sempurna? Puasa yang dahulu masih belum diganti dan pelbagai perkara bermain dibenak hati kalbu. Anak-anak ku masih bersekolah dan masih belum cukup pun didikan agama yang aku berikan kepada mereka setakat ini. Amal jariah pun hanya sekadar yang termampu ku buat. Semua bermain dalam fikiran bagaimana jika amal ibadat ku tidak diterimanya! Hari ini bila aku baca kisah Bob Lokman, terpaku juga diriku membaca niat dan Fisabilillahnya. Timbul kesedaran dalam kesedaran ku.
Terjemahan:
Daripada Anas (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Janganlah sekali-kali salah seorang daripada kamu bercita-cita untuk mati disebabkan karena musibah yang menimpanya. (Tetapi) sekiranya dia terpaksa juga berbuat demikian, maka ucapkanlah (berdoalah): Ya Allah, hidupkanlah aku selagi kehidupan ini lebih baik bagiku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu adalah lebih baik bagiku.
(Mutaffaqun Alayhi – Bukhari Muslim)
Posting ini penulis download dari Maktab Dakwah Dan Bimbingan Jaliyat Rabwah Indonesia. Elok dibaca semuga menimbulkan keinsafan kepada kita yang sering lalai untuk beribadat kepadaNya. Kita sering leka dengan kelazatan dan kenikmatan duniawi yang sementara ini. Dihiburkan lagi dengan media-media elektronik yang banyak disalahgunakan oleh kita. Semuga mendapat manfaat darinya.
Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر