Surah Taha adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT. Boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk Agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk agama Islam pada hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad SAW.
DOA UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Pasangan yang berkahwin tetapi tidak mempunyai zuriat adalah seperti sebatang pokok yang rendang tetapi tidak berbuah. Jangan bersedih hati seandainya belum berhasil lagi selepas beberapa tahun berkahwin. Hendaklah berusaha dengan berjumpa pakar perubatan dan membuat pemeriksaan untuk mendapat nasihat agar dapat mengandung. Disamping itu berusaha juga secara tradisional dengan berjumpa bidan kampong untuk membetulkan kedudukan rahim. Akhir sekali selepas semua usaha-usaha tersebut diatas dilakukan berdoalah kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh supaya diberikan zuriat. Amalkan ayat-ayat dibawah ini selepas setiap kali selepas solat. InsyaAllah Allah mendengar permintaan hambaNya.