Pasangan yang berkahwin tetapi tidak mempunyai zuriat adalah seperti sebatang pokok yang rendang tetapi tidak berbuah. Jangan bersedih hati seandainya belum berhasil lagi selepas beberapa tahun berkahwin. Hendaklah berusaha dengan berjumpa pakar perubatan dan membuat pemeriksaan untuk mendapat nasihat agar dapat mengandung. Disamping itu berusaha juga secara tradisional dengan berjumpa bidan kampong untuk membetulkan kedudukan rahim. Akhir sekali selepas semua usaha-usaha tersebut diatas dilakukan berdoalah kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh supaya diberikan zuriat. Amalkan ayat-ayat dibawah ini selepas setiap kali selepas solat. InsyaAllah Allah mendengar permintaan hambaNya.
Klik untuk baca..
Hasrat kita untuk berjumpa Rasulullah SAW di dalam mimpi adalah sungguh murni. Tidak wajar sebagai pengikut Nabi Muhammad SAW yang tidak mempunyai angan-angan untuk berjumpa dengan nabi di dalam mimpinya ketika tidur.
Semalam dalam rancangan TV9 iaitu RAUDAH yang dihostkan oleh Ustaz Wan Akashah dan Ustazah Siti Norbahyah tentang tajuknya "TANGGANG MODEN, SALAH SIAPA". Sebelum akhir rancangan, Ustazah ada memberi dua doa untuk diamalkan oleh ibubapa untuk memperolehi anak-anak yang soleh. Doa dari Surah Shafaat (Ayat 100) dan Surah Ali-Imran (Ayat 38). Dan tambahan dari penulis Doa supaya anak-anak tetap mengerjakan sembahyang dari Surah Ibrahim (Ayat 40-41). Anak-anak yang sembahyangnya ikut mood, kadang-kadang sembahyang dan kadang-kadang tidak sembahyang, baik kita bacakan doa ini selalu.
Kepada anak yang degil dan selalu melawan cakap ibubapa. Anda amalkan Surah Taha (Ayat 1 - 5) supaya hatinya lembut agar dengar cakap anda. Lakukan semasa anak anda tidur lena, bacakan dan hembuskan ke hidungnya semasa tidur. InsyaAllah.
Sihir tafriq adalah sihir yang digunakan untuk memisah pasangan suami isteri yang baru berkahwin dan ada juga kepada pasangan yang sudah lama berkahwin. Sebabnya kerana sakit hati atau hasad dengki (PHD) kepada pasangan ini yang hidup aman dan bahagia.
Setiap insan ingin jodoh yang baik agar hidup berkekalan sehingga akhir hayat. Jodoh yang baik akan mendapat keturunan yang baik. InsyaAllah jika seseorang berusaha dan berdoa untuk mendapat jodoh yang dipinta nescaya Allah akan perkenankan. Jodoh bukan datang dan pergi seperti seperti angin yang lalu. Kadang-kadang berkawan dan berdating bagai nak rak kehulu dan kehilir, akhirnya berkahwin dengan orang lain.
Selepas bencana gempa bumi dan tsunami terjadi dan terkini ancaman radioaktif yang mengancam umat manusia sejagat di bumi Allah swt ini. Mari sama-sama kita menghafal dan membacanya setiap masa memohon rahmatNya, dipeliharaaNya dan mohon perlindungan dariNya. Semuga kita dipanjangkan umur hanya untuk beribadat kepadaNYa.
Doa kebahagiaan rumahtangga ini dibaca 3 kali dalam doa selepas solat waktu.
Setiap suami ataupun isteri menginginkan sebuah rumahtangga yang bahagia dan damai. Setiap rumahtangga ada pasang surutnya. Kehidupan dan keharmonian rumahtangga boleh runtuh disebabkan oleh salahfaham, masalah kesihatan, masalah camputangan adik beradik sebelah suami ataupun isteri dan yang paling mendugakan adalah masalah ekonomi. Kebanyakan rumahtangga yang runtuh disebabkan masalah ekonomi atau eko-"No Money".
Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر