Penulis ada empat orang anak. Dua orang anak perempuan dan dua orang anak lelaki. Yang seorang anak lelaki bungsu ini lain dari adik beradik yang lain kerana setiap kali hendak solat, beliau akan membersihkan diri dan menyembur wangian keseluruhan badannya serta memakai deodorant. Itulah anak lelaki penulis yang seorang ini. Sentiasa wangi dan harum apabila hendak menunaikan solat. Adakah anda akan mandi dan membersih diri dahulu serta menyembur wangian setiap kali hendak solat?
|
BAYI YANG TIDAK BERDOSA DIBUANG SEPERTI SAMPAH AKIBAT PERBUATAN ZINA |
Marilah bersama mempertingkatkan ketakwaan ke hadrat Allah dengan menunaikan segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya, mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang mendapat keredaan Allah di dunia mahupun akhirat yang kekal abadi.
Renungkanlah, pelbagai kemungkaran berlaku dalam masyarakat seperti perbuatan zina, berkhalwat, sumbang mahram, jenayah rogol dan sebagainya, membabitkan orang Islam, seolah-olah mereka tidak mengenal batas pahala dan dosa, halal atau haram. Kemungkaran ini akan terus menular selagi ia tidak dicegah dan dirawat.
Manusia dalam apa juga keadaan pasti akan berdoa dan bersyukur. Tidak kira berita gembira mahupun duka, seharusnya kita berserah kepada-Nya. Masyarakat dunia kebelakangan ini sering diuji. Ujian yang hadir akibat tindakan manusia dan juga takdir daripada-Nya. Bencana dan tragedi yang menimpa adalah ujian agar kita selalu ingat kepada-Nya.
Kehidupan zaman ini memaksa manusia mengejar masa serta menyelinap segenap ruang yang ada bagi memenuhi tuntutan rohani dan material menyebabkan kurangnya waktu diperuntukkan untuk bersantai menjalin hubungan silaturahim sesama sendiri.
Setiap dari kita pernah berjanji kepada seseorang. Namun ada janji yang dapat ditunaikan dan ada sesetengah janji yang tak tertunaikan oleh kita kerana kurang kemampuan pada masa yang telah dijanjikan. Tetapi belum lagi dikatakan bahawa kita orang-orang yang munafik tetapi mempunyai ciri-ciri orang yang munafik.
Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
Sebagaimana Allah SWT juga mengajak untuk bertaubat dari kekafiran yang zahir dan terang-terangan, Allah SWT juga mengajak untuk bertaubat dari kekafiran yang tersembunyi, yang ditutupi dengan keimanan lisan. Yaitu yang terkenal dengan nama "kemunafikan" dan orangnya adalah kaum "munafiqin".
Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر