اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد اَلْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِم لِمَا سَبَقَ والنَّاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيم وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ
TerjemahanNya
Ya Allah, Rahmatilah & berilah kesejahteraan serta berkatilah penghulu kami Muhammad, pembuka bagi barang apa yang ditutup dan penamat bagi apa yang telah sudah, penolong bagi yang hak, penunjuk ke arah jalan yang lurus. Allah berselawat ke atasnya, ahli keluarga & sahabat-sahabatnya sebagaimana selayak untuknya sesuai dengan darjat dan kedudukannya yang tinggi dan besar
Kaedah ini adalah ikhtiar terakhir untuk mendapatkan kembali barang yang hilang termasuk ahli keluarga yang hilang atau lari dari rumah seperti anak gadis yang hilang ikut teman lelaki. Banyak yang terjadi sekarang kerana tergila-gila lelaki dari Lombok. Suami atau isteri yang lari dari rumah kerana masalah rumahtangga atau mengikut lelaki lain. Boleh usahakan, insyaAllah.
Sihir adalah dosa yang kedua terbesar selepas syirik. Orang yang mengamalkan ilmu sihir selalunya mendapatkan pertolongan dari Syaitan dan Jin. Selalunya makhluk halus inilah yang menolong melakukan kerja-kerja sihir seperti yang diarahkan untuk merosak, memecah belah keluarga, menyakiti dan membunuh insan lain kerana sakit hati atau dengki supaya tercapai niat busuknya.
Salam Pembaca Khasnya Kaum Wanita,
Doa ini sudah lama captain masukkan dahulu lebih kurang setahun yang lalu. Ada isteri-isteri yang cari memang tak akan jumpa sebabnya tidak dimasukkan dalam senarai "Doa-doa Mustajab". Maafkanlah captain. Jadi captain sudah repost balik kerana doa ini sangat penting untuk isteri-isteri mengamalkan selalu supaya kembali sentiasa dara atau erti kata lain "Ketat Balik" seperti anak dara yang baru kahwin. Biar si suami puas dan gembira dengan anda semasa melakukan hubungan seks.
Atho Bin Abi Rabaah 'Rahmatullah alaih' telah berkata bahawa beliau telah mendapati sebuah hadith menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Sesiapa yang membaca Surah Yaasin di awal hari, maka hajatnya akan ditunaikan (oleh Allah s.w.t).
Alhamdulillah. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dapat lagi kita menjalani kehidupan pada hari ini dan seterusnya dengan nikmat-nikmat yang tidak terkira dan tidak terhingga diatas nikmat kesihatan yang dikurniaNya.
"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".
Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر