Dari Pusat Meteorologi pagi tadi, cuaca disebelah petang terutama penduduk di kawasan pantai barat. Hujan lebat serta angin kencang kilat dan guruh pada minggu ini akan berlarutan sehingga penghujung bulan Oktober. Eloklah tutup peralatan letrik seperti TV, computer dll. Janganlah guna handphone sewaktu kilat dan guruh.
Doa dari orang-orang yang dizalimi dan difitnah adalah juga sama seperti doa orang-orang yang dianiayai. Tiada hijab bagi doa orang-orang yang dianiayai. Allah SWT akan segerakan balasan di dunia dan akan diazab di neraka nanti.
Dalam sejarah Islam terkenal sebuah kisah tentang fitnah yang menimpa ‘Aisyah RA isteri Rasulullah SAW, yang telah diftnah berbuat selingkuh dengan salah seorang shahabat bernama Shafwan bin Mu’aththal. Orang-orang munafiq menghembuskan fitnah itu dalam rancangan memalukan keluarga Rasulullah SAW.
Apabila seseorang itu sakit dan terlantar di katil tidak kira samada di rumah ataupun di hospital, banyak nikmat Allah SWT telah hilang darinya. Selera makan kurang dan tenaga untuk bergerak kesana sini sudah terhad. Terpaksa dipangku oleh sanak saudara. Ada pula yang ditinggalkan bersendirian tanpa ada orang yang menjaga.
Jika rakyat tersilap memilih pemimpin-pemimpin yang tidak amanah, gila kuasa, maksiat, rasuah dan sebagainya. Negara Malaysia yang tercinta ini akan menjadi huruhara dan tidak stabil dari segi ekonomi dan politik yang akan mengundangkan kesengsaraan kepada rakyat.
Ibubapa yang mempunyai anak lelaki dan perempuan kenalah selalu mendoakan mereka supaya sentiasa dipelihara dan dilindungi Allah SWT dari perkara-perkara yang buruk. Apabila anak sudah besar dan melanjutkan pelajaran di IPTA atau sudah bekerja. Ibubapa kenalah bertanyakan anak-anak, dengan siapa mereka berkawan? Jangan tersilap pilih kawan kerana banyak kes rogol, kes bunuh dan kes aniaya yang tak terfikir boleh berlaku.
Iman yang kuat adalah benteng kepada segala sifat-sifat Mazmumah. Benteng kepada segala maksiat yang Allah SWT larangkan. Tanpa iman yang kuat seseorang itu walaupun, waima seorang imam, seorang ustaz boleh terlibat dengan maksiat, pecah amanah yang mana telahpun berlaku pada seorang amil zakat dan beliau juga seorang imam masjid di Johor.
Banyak kes lagi yang melibatkan orang-orang yang rajin solat dan kenapa harus berlaku? Kenapa dengan iman mereka? Sebenar imanlah yang harus diperkasakan, diperkuatkan. Bagaimana caranya?
Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر