Mati itu adalah satu kemestian bagi setiap hambaNya. Tanpa membicarakan soal kematian, maka hambaNya akan terus lalai dan hanya mengingatkan kepada keduniaan sahaja. Panjang cita-cita hambaNya dalam mencari sesuatu yang tidak kekal yang boleh dibawa bersama kesana. Apa yang ada aku berpuas hati untuk menampung hidup ini setakat yang mencukupi sahaja. Yang lain-lain aku berserah kepadaNya.
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan,
Berwuduklah kamu sebelum kamu diwudukkan,
Dan Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan,
Tutuplah Auratmu sebelum Auratmu ditutupkan,
Kehidupan di dunia ini sangatlah singkat berbanding kehidupan di akhirat. Ada hamba yang ingin hidup selamanya di dunia yang fana ini berbanding di akhirat yang kekal abadi. Di dunia yang singkat ini jika boleh biarlah umur kita panjang untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT dan perbanyakkan kebajikan dari keburukan. Akhlak dan kebaikan seseorang seiring dengan amal yang baik akan mendapat rahmat Allah SWT. Tanpa rahmat Allah SWT, segala amal ibadah menjadi sia-sia kerana tidak diterimaNya.
Sebelum kita berpindah ke alam akhirat kita akan menempuh satu alam dinamakan alam barzakh dan di sana kita akan menjawab soalan ditujukan oleh malaikat Mungkar Nangkir kepada kita. Di sinilah penentu kejayaan di alam akhirat nanti sama ada kita akan dimasukkan ke syurga atau neraka. Disinilah siksa kubur yang amat dasyat tak terbayang yang akan kita hadapi.
Hadis Abi Said mengatakan, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Kubur itu adalah salah satu lubang neraka, atau salah satu taman syurga.”
Ada pun arwah orang yang beriman akan sentiasa dalam rahmat dan peliharaan Allah SWT tidak kira di mana mereka dikuburkan. Bagaimanakah seseorang itu akan menghadapi persoalan kubur?
Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر