BERHUTANG, PERLUKAH?
Assalamualaikum
Di pagi jumaat ni, biarlah kita bertazkirah pula. mudah mudahan hati menjadi lembut dan hidup menjadi lebih bermakna.
Anda ada hutang tak? siapa yang tidak, kan?
Berhutang ialah satu fenomena kurang sihat, tapi dianggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat mengenai bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.
Baca betul-betul, ya! berhutang dalam keadaan mampu. ramai antara kita yang buat tu...
Ramai di antara kita ada hutang pengajian, rumah dan kereta tapi segelintir enggan membayarnya malah lebih rela diisytiharkan muflis asalkan tidak perlu membayar hutang yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid, kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia)” (Riwayat Muslim, 6/38)
Ada juga di antara kita yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.
Sabda Rasulullah:
“Barang siapa meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun siapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah akan merugikannya.” (Riwayat Al-Bukhari, 2/83)
Baginda Rasulullah kerap mengajar umat Islam supaya berdoa dilepaskan daripada hutang:
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada dosa dan hutang.”
Lalu baginda ditanya:
“Mengapa engkau sering meminta perlindungan daripada hutang, wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab:
“Jika seseorang berhutang, apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia mengingkari.” (Riwayat Al-Bukhari, 1/214)
Jelas aktiviti berhutang itu kurang sihat menurut pandangan Islam. sebab itu kita sewajarnya menjauhi hutang semampu boleh.
Untuk kurangkan hutang, buatlah yang berikut:-
1. Usah guna kad kredit tapi gunalah kad debit sahaja. ada duit ada kad, hehe...
2. Usah buat pinjaman peribadi kalau sekadar nak meminjam bila orang lain pinjam. Perlu disedari, seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional diharamkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma hari ini, ada beberapa bank Islam dan perbankan Islam menawarkan pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam.
Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep ‘bai inah’ (jual dan beli semula antara dua pihak sama). Konsep ini sangat kontroversi dan ditolak kebanyakan ulama Timur Tengah, namun ia diterima ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, kebiasaannya kadar dikenakan tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang sangat mendesak perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.
3. Perumahan dan kereta: Dua item ini mungkin keperluan asas bagi kebanyakan individu. pinjamlah sebab di era ini kita memang kena ada kereta dan rumah cuma biarlah ukur baju di badan sendiri.
Harap artikel ini membantu kita supaya kurangkan berhutang.
Sumber: Dari IsteriKu Anasofiya.
0 comments:
Post a Comment