HOT SITE CLICK HERE SOLAT HAJAT DUA BELAS RAKAAT, APA KEISTIMEWAANNYA? | Islam For All
Breaking News
Loading...
Tuesday, December 24, 2013

SOLAT HAJAT DUA BELAS RAKAAT, APA KEISTIMEWAANNYA?




Riwayat Wuhaib bin Ward yang berkata:

"Sesungguhnya sebahagian daripada doa yang tidak ditolak ialah solat seorang hamba sebanyak dua belas rakaat dimana ia membaca pada tiap rakaat Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi dan Surah Al-Ikhlas. Apabila telah selesai, sujudlah dia sambil membaca doa ini:


Maksudnya:

"Maha Suci Tuhan yang memakai akan kemuliaan dan berfirman dengan dia. Maha Suci Tuhan yang bersifat dengan kebesaran dan kemurahan. Maha Suci Tuhan yang menghinggakan bilangan tiap-tiap sesuatu dengan ilmuNya. Maha suci Tuhan yang Sayugialah bertasbih selain untukNya. Maha Suci Tuhan yang mempunyai nikmat dan kemuliaan. Maha Suci Tuhan yang mempunyai kekuasaan. Aku bermohon kepada Engkau dengan segala tempat kemulian dari ArasyMu dengan rahmat yang setingginya dari KitabMu, dengan namaMu yang Maha Agung, kesungguhanMu yang Maha Tinggi dan Kalimat-kalimatMu yang Maha Tinggi dan KalimatMu yang Maha Sempurna, lagi melengkapi, yang tidak dilampaui oleh orang yang berbuat kebajikan dan yang berbuat kejahatan. Bahawa Engkau anugerahkan rahmat kiranya kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad."

Cara solat hajat:

1. Lafaz niat.

أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Ertinya:

“Sahaja aku sembahyang sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala”

2. Membaca Al-Fatihah, Ayat Kursi dan Surah Al-Ikhlas di dalam rakaat yang pertama dan di dalam rakaat yang kedua. 

3. Sesudah memberi salam, sebelum berubah tempat, sujud pula sekali serta membaca doa khasnya seperti yang disampaikan oleh Wuhaib bin Ward kemudian pohonlah apakah hajat dan kehendaknya sama ada untuk kebaikan di dunia atau kebaikan untuk akhiratnya. InsyaAllah terkabul hendaknya.

4. JANGANLAH menggunakan sembahyang hajat untuk memohon sesuatu yang maksiat atau dengan tujuan jahat.

Wasallam.

0 comments:

Post a Comment







Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved