DOA UNTUK MENJADI ORANG YANG SABAR
Sekiranya di dunia ini banyak orang-orang yang sabar, maka kuranglah berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti kes perceraian yang tinggi, kes pergaduhan sampai meragut nyawa, kes rogol dan lain-lain kes jenayah termasuk juga kes moral yang sering kita baca di akhbar-akhbar.
Dan sabar itu adalah diantara 10 sifat mahmudah yang terpuji pada hamba yang soleh.
Firman Allah SWT di dalam Al-Quranul Karim Yang bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman minta tolonglah kamu dengan sabar dan sembahyang,sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar"(153.)
Banyak hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang menceritakan kepada kita betapa ganjaran,kelebihan dan kebaikan yang Allah SWT anugerahkan kepada hambanya apabila sifat ini dapat ditakluki secara sempurna yang mungkin.
Sebagaimana terdapat hadis Rasulullah SAW yang menyatakan kebaikan sabar ini sebagaimana sabdanya:
Yang bermaksud:
Bersabar terhadap perkara yang dibenci itu terkandung di sana kebaikan yang banyak.
Dan telah bersabda Nabi s.a.w. kepada Ibnu Abbas r.a:
Sememangnya sifat ini Allah SWT telah membekalkan kepada setiap hambanya samada yang mukminnya mahu pun yang kafirnya. Pokoknya penguasaan sifat sabar ini sehingga ke tahap mana kita sebagai makhluk Allah s.w.t.sudah tentu tidak mampu untuk mengukurnya kecuali Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui.
Sifat SABAR terbahagi kepada dua bahagian:
1. Maqamat:
Maqamat ialah perjuangan atau usaha serta mujahadah yang kita lakukan dengan tujuan untuk mendatangkan sifat tersebut.
Tidak bererti sifat ini sentiasa kekal pada diri kita tanpa kita tidak sedikit pun berjuang untuk mendapatkannya. Walau pun pada peringkat permulaan penulis ada menyatakan bahawa setiap hamba Allah itu telah dibekalkannya dengan sifat sabar ini tetapi ianya sepertilah sebagaimana yang kita maklumi bahawa setiap hamba Allah di muka bumi ini Allah telah menyediakan atau menetapkan rezekinya masing-masing tetapi apakah rezeki itu datang secara bergolek sahaja kepada kita tanpa sedikit pun kita berusaha untuk mendapatkannya.
Begitulah juga dengan sifat -sifat baik yang kita utarakan ini. Sifat tawadhuk ,wara' ,ridha dan segala sifat mahmudah ini tidak akan tercapai oleh kita tanpa ada usaha yang sebenarnya dari kita.
2. Ahwal:
Ahwal ini merupakan suatu perasaan yang timbul dengan sendirinya terhadap diri kita.Tidak kira samaada perasaan itu berbentuk gembira,bahagia,senang, sedih ,marah dan sebagainya.
Al Imam Al Habib Abdullah bin Alwi Al Haddad di dalam kitabnya telah membahagikan sifat sabar ini kepada empat bahagian.
- Sabar di dalam melaksanakan ketaatan sewaktu beribadat kepada Allah s.w.t.
- Sabar terhadap perkara-perkara maksiat
- Sabar terhadap perkara-perkara yang tidak diingini
- Sabar terhadap hawa nafsu
Rasulullah SAW bersabda,
"Kesabaran merupakan "dhiya' " (cahaya yang amat terang). (HR Muslim)
Rasulullah SAW bersabda,
"Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi)
Rasulullah SAW bersabda,
"Iman terbagi dua, separuh dalam sabar dan separuh dalam syukur". (HR Al-Baihaqi)
Rasulullah SAW bersabda,
"Sungguh beruntung orang yang beriman, karena segala perkara adalah kebajikan. Jika dia mendapatkan kenikmatan, dia bersyukur (dia mendapat pahala kebajikan) dan jika dia ditimpa musibah, dia sabar (dia mendapat pahala kebajikan juga)." (HR. Muslim)
Saiyidina Ali Abu Talib k.a.w pernah bermadah, maksudnya:
Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.
Marilah kita baca doa ini selalu supaya menjadi orang yang paling sabar semuga bertambah teguh lagi iman kita.
SURAH AL-BAQARAH: AYAT 250
Maksudnya:
"Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami, serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir".
Wasallam.
0 comments:
Post a Comment