HOT SITE CLICK HERE DOA KETIKA MELIHAT ORANG DALAM KEADAAN BAHAYA | Islam For All
Breaking News
Loading...
Wednesday, May 29, 2013

DOA KETIKA MELIHAT ORANG DALAM KEADAAN BAHAYA





"Seorang penjaga pesakit yang enggan dikenali memberitahu, kejadian berlaku begitu pantas hingga dia sendiri tidak sempat untuk menyembunyikan diri dan hanya melindungi suaminya yang terlantar dari melihat insiden tersebut."

Begitulah cerita seorang isteri yang berada di wad yang berlaku insiden dimana seorang lelaki Nigeria yang mengamuk dan ditembak mati oleh polis kerana menyerang polis utuk melarikan diri dari wad 18 HKL. Boleh bayangkan seorang lelaki ditembak mati dihadapan anda ketika itu. Mesti trauma dan terkejut juga pada yang lemah semangat.

Kejadian yang tak dijangka yang disangka aman boleh bertukar menjadi cemas dan merbahaya. Kadang-kadang orang yang tak berdosa pun boleh mengalami kecederaan atau kematian kerana berada di tempat "Crime Scene". Kata orang jawa "wRONG tIME, wRONG pLACE", kadang-kadang mungkin berlaku kepada anda kerana berada pada masa dan tempat yang tak sepatutnya anda berada.

Syukurlah, semua yang berada di Wad 18 HKL selamat. Kalau tidak mesti ada nyawa yang melayang. Mungkin terkena peluru sesat atau terkena tempias lelaki Nigeria yang mengamuk. Itu memang luar jangkaan. 

Doa ini sebaik-baiknya dihafal dan tahu maknanya sekali. Bila berlaku keadaan kelamkabut yang boleh mengancam nyawa anda serta keluarga pada masa kejadian sedang berlaku, insyaAllah anda dan keluarga anda dipelihara dan dilindungi Allah SWT daripada perkara yang tidak diingini. 

Dengan handphonne yang canggih sekarang. Download gambar doa-doa yang elok disimpan pada memori kad. Bila berlaku buka dan baca. Jika sebelum ni boleh download beratus-ratus gambar dan lagu. Mulakan download gambar doa-doa yang mustajab ke handphone anda yang canggih itu. 



Maksudnya:

"SEGALA PUJI BAGI ALLAH YANG TELAH MENYELAMATKAN AKU DARIPADA APA YANG TELAH ENGKAU BERIKAN SEBAGAI PERCUBAAN KEPADANYA DAN DIA TELAH MENGUTAMAKAN AKU DARI SEKIAN BANYAK MAKHLUK LAINNYA. MAKA KEPADANYA TIDAK AKAN TERTIMPA MALA PETAKA TERSEBUT UNTUK SELAMA-LAMANYA"

Wasallam.

0 comments:

Post a Comment







Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved