HOT SITE CLICK HERE DOA SUPAYA SUAMI SETIA HINGGA KE AKHIR HAYATNYA. | Islam For All
Breaking News
Loading...
Monday, June 3, 2013

DOA SUPAYA SUAMI SETIA HINGGA KE AKHIR HAYATNYA.




 

SURAH ALI IMRAN: AYAT 31

"Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 31 dari surah ini, nescaya suaminya akan setia dan kasih kepadanya".



Terjemahan/Maksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Baca doa ini setiap kali selepas solat. Nescaya Allah SWT makbulkan doa tersebut. Jika selalu amalkan doa ini tak perlulah bersusah payah nak masuk jadi ahli Kelab Isteri Taat. Tak perlulah melayan suami macam pelacur kelas pertama. Semua ini mengarut betul yang disuarakan oleh Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed. Malaslah penulis nak komen panjang-panjang tentang wanita macam ini. Nanti banyak pula dosa mengumpat kat Dr ni yang sempit fikiran kerana samakan seorang isteri dengan seorang pelacur kelas pertama. Bedebah sungguh Dr Rohaya!

Dr Rohaya Mohamed
"Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi. Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu." Oleh Dr Rohaya Mohamad

Macamana suami yang setia pada isteri yang satu nak tahu bagaimana layanan pelacur kelas pertama? Adakah pelacur kelas pertama tu special sangat? Yang pernah jadi pelacur kelas pertama bolehlah cerita pengalaman mereka kalau berani!. Suami yang baik nak pijak kaki di Lorong Haji Taib pun takut dan malu. Takut-takut dilaknat Allah SWT. Takut semasa di Lorong tu, tiba-tiba dilanggar kereta. Mati ditempat yang paling hina. Berfikir dahulu sebelum bercakap sesuatu yang akan mengoreskan perasaan wanita yang baik dan yang taat pada suami.

Wasallam.

0 comments:

Post a Comment







Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved