HOT SITE CLICK HERE Islam For All | A great information site about Islam and Muslims
Breaking News
Loading...

Miscellaneous





Recent Post

Sunday, June 2, 2013
DOA UNTUK MENDAPATKAN ANAK YANG SOLEH.

DOA UNTUK MENDAPATKAN ANAK YANG SOLEH.







Semalam dalam rancangan TV9 iaitu RAUDAH yang dihostkan oleh Ustaz Wan Akashah dan Ustazah Siti Norbahyah tentang tajuknya "TANGGANG MODEN, SALAH SIAPA". Sebelum akhir rancangan, Ustazah ada memberi dua doa untuk diamalkan oleh ibubapa untuk memperolehi anak-anak yang soleh. Doa dari Surah Shafaat (Ayat 100) dan Surah Ali-Imran (Ayat 38). Dan tambahan dari penulis Doa supaya anak-anak tetap mengerjakan sembahyang dari Surah Ibrahim (Ayat 40-41). Anak-anak yang sembahyangnya ikut mood, kadang-kadang sembahyang dan kadang-kadang tidak sembahyang, baik kita bacakan doa ini selalu.

Kepada anak yang degil dan selalu melawan cakap ibubapa. Anda amalkan Surah Taha (Ayat 1 - 5) supaya hatinya lembut agar dengar cakap anda. Lakukan semasa anak anda tidur lena, bacakan dan hembuskan ke hidungnya semasa tidur. InsyaAllah.
DOA DIPERCEPATKAN JODOH DAN DOA MENDAPAT ISTERI YANG BAIK.

DOA DIPERCEPATKAN JODOH DAN DOA MENDAPAT ISTERI YANG BAIK.






Setiap insan ingin jodoh yang baik agar hidup berkekalan sehingga akhir hayat. Jodoh yang baik akan mendapat keturunan yang baik. InsyaAllah jika seseorang berusaha dan berdoa untuk mendapat jodoh yang dipinta nescaya Allah akan perkenankan. Jodoh bukan datang dan pergi seperti seperti angin yang lalu. Kadang-kadang berkawan dan berdating bagai nak rak kehulu dan kehilir, akhirnya berkahwin dengan orang lain. 

SURAH AL-BAQARAH (AYAT 284-286) - MEMELIHARA HAMBANYA DARI BENCANA.

SURAH AL-BAQARAH (AYAT 284-286) - MEMELIHARA HAMBANYA DARI BENCANA.






Selepas bencana gempa bumi dan tsunami terjadi dan terkini ancaman radioaktif yang mengancam umat manusia sejagat di bumi Allah swt ini. Mari sama-sama kita menghafal dan membacanya setiap masa memohon rahmatNya, dipeliharaaNya dan mohon perlindungan dariNya. Semuga kita dipanjangkan umur hanya untuk beribadat kepadaNYa.
DOA UNTUK KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA DAN KETURUNAN

DOA UNTUK KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA DAN KETURUNAN




Doa kebahagiaan rumahtangga ini dibaca 3 kali dalam doa selepas solat waktu. 

Setiap suami ataupun isteri menginginkan sebuah rumahtangga yang bahagia dan damai. Setiap rumahtangga ada pasang surutnya. Kehidupan dan keharmonian rumahtangga boleh runtuh disebabkan oleh salahfaham, masalah kesihatan, masalah camputangan adik beradik sebelah suami ataupun isteri dan yang paling mendugakan adalah masalah ekonomi. Kebanyakan rumahtangga yang runtuh disebabkan masalah ekonomi atau eko-"No Money". 
SURAH TAHA (AYAT 1- 5) MELEMBUTKAN HATI YANG KERAS DAN SEBAGAI DOA PENDINDING DIRI.

SURAH TAHA (AYAT 1- 5) MELEMBUTKAN HATI YANG KERAS DAN SEBAGAI DOA PENDINDING DIRI.






doa lembutkan hati

Surah Taha adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT. Boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk Agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk agama Islam pada hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad SAW.






Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved