HOT SITE CLICK HERE Islam For All: TOPIK-TOPIK AGAMA | A great information site about Islam and Muslims
Breaking News
Loading...

Miscellaneous





Recent Post

Showing posts with label TOPIK-TOPIK AGAMA. Show all posts
Showing posts with label TOPIK-TOPIK AGAMA. Show all posts
Tuesday, January 14, 2014
 SEDEKAH AMAL JARIAH

SEDEKAH AMAL JARIAH





Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?" Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-


"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini.

 MUKJIZATNYA AZAN

MUKJIZATNYA AZAN





Pesanan Semasa Mendengar Azan...


Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

 MENGENAL LELAKI DARI BULAN KELAHIRANNYA

MENGENAL LELAKI DARI BULAN KELAHIRANNYA






Mengenal Lelaki Dari Bulan Kelahirannya Artikel ini hanya sebagai pengetahuan tapi jangan terlalu percaya ok!!
  Muharram Seorang yang pendiam, sihat pemikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan sempurna, walaupun begitu jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.


Safar Tabiatnya buruk. Tidak suka mengakui kesalahanya. Ibu bapanya perlu mendidiknya untuk menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupannya menjadi susah. Walaupunbegitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ia akan mendatangkan hasil.
 4 BATANG SUNGAI DI SYURGA

4 BATANG SUNGAI DI SYURGA



 

Untuk renungan bersama..... 
 


Asalnya 4 Buah Sungai Di Syurga Bersabda Nabi SAW: "Semasa aku Isra' dan naik ke langit yang tinggi, Malaikat Jibrail a.s telah memberi kesempatan kepada aku untuk melihat ke dalam semua Syurga Allah. Aku lihat di dalamnya terdapat (4) empat buah sungai yang besar-besar dan airnya bermacam-macam. Ada airnya dari susu, ada airnya dari arak tetapi tidak memabukkan, ada airnya dari madu dan ada airnya yg tidak masin. Sesungguhnya keadaan ini samalah seperti firman Allah di dalam al-Qur'an:  

"Didalam Syurga itu ada sungai yg airnya tidak masin. Ada sungai yg airnya dari susu dan tidak pernah berubah rasanya. Ada sungai dari arak yang lazat bagi yg meminumnya dan ada sungai dari madu pilihan". Aku bertanya kepada Jibrail a.s : 
 ORANG YANG DIDOAKAN OLEH MALAIKAT

ORANG YANG DIDOAKAN OLEH MALAIKAT




1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

 Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu is polan kerana tidur dalam keadaan suci". (Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar Ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37) 
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu solat, selama IA berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah IA. Ya Allah sayangilah IA" (Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah Ra., Shahih Muslim no. 469) 
 KEUTAMAAN 10 HARI PERTAMA BULAN ZULHIJJAH DAN AMALAN YANG DISYARIATKAN

KEUTAMAAN 10 HARI PERTAMA BULAN ZULHIJJAH DAN AMALAN YANG DISYARIATKAN




Segala puji bagi Allah semata, selawat dan salam semoga tercurah kepada Rasulullah, Nabi kita Muhammad S.A.W, kepada keluarga dan segenap sahabatnya. 

 KEUTAMAAN 10 HARI YANG PERTAMA BULAN ZULHIJJAH. 

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Rahimahullah, dari Ibnu 'Abbas Radhiyallahu 'Anhuma bahwa Nabi Muhammad S.A.W bersabda:  

Ertinya: "Tidak ada hari dimana amal soleh pada saat itu lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini, iaitu: Sepuluh hari dari bulan DzulHijjah."

Mereka bertanya:

 HUKUM HUDUD DALAM ISLAM

HUKUM HUDUD DALAM ISLAM







Hukum Hudud ertinya hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh ALLAH dalam AlQuran dan Hadith kadar hukumannya (seksaannya) ke atas kesalahan-kesalahan jenayah tertentu, yang tidak dibolehkan manusia mengubah, menokok atau mengurangkannya. Seperti, hukum potong tangan kepada pencuri, hukum dipancung kepala ke atas orang yang tinggalkan sembahyang tiga waktu berturut-turut sesudah dinasihati, hukuman sebat kepada pembuat fitnah, hukuman rotan 80 kali kepada peminum arak, hukuman rejam sampai mati kepada penzina yang sudah pernah berkahwin dan rotan 100 kali kepada penzina yang belum kahwin, dan lain hukuman yang terdapat dalam AlQuran.
 WAJIB BERDAKWAH WALAUPUN DIRI TIDAK SEMPURNA

WAJIB BERDAKWAH WALAUPUN DIRI TIDAK SEMPURNA




Ramai orang mengetahui bahawa tugas berdakwah adalah wajib ke atas setiap individu. Walau bagaimanapun, masih ramai yang tidak mahu melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah disebabkan oleh beberapa kekeliruan. Antara kekeliruan yang sering timbul adalah menanti kesempurnaan diri sebelum memulakan dakwah. Hal ini menyebabkan sebahagian daripada umat Islam tidak mahu mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran kerana merasakan amalannya belum cukup mantap dan dirinya masih diselimuti dengan banyak kelemahan. 
 SUTERA HARAM UNTUK PAKAIAN LELAKI ISLAM

SUTERA HARAM UNTUK PAKAIAN LELAKI ISLAM







Ketahuilah bahwa Allah Subhanahu Wa Ta‘Ala dan Rasul-Nya telah melarang kita untuk tidak memakai pakaian dari bahan Sutera.Tapi larangan ini hanya berlaku bagi lelaki, bagi Perempuan boleh memakainya.
 
Berikut dalil-dalil pelarangannya:

Dari Umar bin Khathtab RA, dia berkata; Rasulullah Shallallahu ‘Alahi Wa Sallam bersabda, 


“Janganlah kamu sekalian memakai kain sutera, kerana sesungguhnya orang yang memakainya di dunia, maka kelak di akhirat ia tidak akan memakainya. „ (HR. Bukhari dan Muslim)
 
Dari Umar bin Khathtab RA, dia berkata, “Saya mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alahi Wa Sallam bersabda: 
 JAUHILAH SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM SEGALA BENTUK

JAUHILAH SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM SEGALA BENTUK





Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Sesungguhnya perkara yang sangat-sangat aku takuti akibat buruknya menimpa kamu ialah syirik yang kecil." Sahabat-sahabat Baginda bertanya: " Apa dia syirik yang kecil itu ya Rasulullah?" Baginda s.a.w menjawab: "( Syirik yang kecil itu) ialah riak - Allah Taala akan berfirman pada hari Kiamat apabila manusia datang dengan amal masing-masing: " Pergilah kepada mereka yang kamu melakukan riak di dunia dahulu ( untuk menunjukan kepada meraka ), kemudian lihatlah, adakah kamu akan dapati sebarang balasan di sisi mereka?"
Sebelum kedatangan Islam, penduduk di Nusantara mempunyai pegangan dan keyakinan tentang adanya kuasa ghaib yang mereka tidak nampak tapi dapat mereka rasai kesannya.
 
 HUKUM MURTAD DALAM ISLAM

HUKUM MURTAD DALAM ISLAM




Konsep murtad, sebagaimana terjadi dalam agama Kristian abad pertengahan dan seperti yang di uraikan oleh Maulana Maududi, adalah sesuatu yang asing bagi Islam. Tidak ada sebuah katapun untuk ungkapan itu di dalam bahasa Arab. Memang ada beberapa orang fuqaha pada masa awal beranggapan murtad dari agama Islam merupakan sebuah pelanggaran yang berbuntut hukuman mati, tetapi definisi muslim yang mereka buat sedemikian luas sehingga tidak seorangpun yang menyebut dirinya sendiri muslim dapat diberi gelar sebagai seorang murtad.

Nabi Muhammad saw membekali kita dengan dua definisi seorang muslim. Pada waktu sensus pertama di Madinah, beliau bersabda:
 DOSA-DOSA BESAR

DOSA-DOSA BESAR




 
Mengikut imam Azzahabiyy dalam kitabnya "Al-Kabaair" beliau menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara seperti berikut:
 
01 - Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan
02 - Bersaksi palsu
03 - Berjudi
04 - Bersumpah palsu dan bohong 
05 - Berbohong
06 - Bergambar di baju (bila sembahyang)
 ADAKAH KAD KREDIT HARAM DALAM ISLAM?

ADAKAH KAD KREDIT HARAM DALAM ISLAM?





 
Adakah Kad Kredit Haram Dalam Islam?

Disediakan Oleh :
Ust. Zaharuddin Abd Rahman
Universiti Al-YarmoukJordan

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat Rasul junjugan Nabi Muhammad SAW, pemimpin para du’at dan Mujahidin yang telah sempurna menyampaikan amanah dan risalah serta memberika ingatan dan berita baik kepada seluruh manusia. Juga salam ke atas para ahli keluarga Baginda SAW, para sahabatnya yang terpilih serta mujahidin/at dan muslimin/at yang menurut jalan kebenaran Islam.

Penulisan ringkas dan padat ini akan menyentuh aspek berikut :-

Pengenalan ringkas jenis Kad Kredit utama yang terpakai di dunia sekarang.
Hukum setiap urusniaga dan yg berkaitan dgn Kad Kredit.






Think Positive, Think Islam For All | Something that seems to break the laws of science that makes you think only Allah could have done it | AllahuAkbar | الله أكبر


Copyright © 2014 Islam For All All Right Reserved